PKR menyindir tindakan peguam Tan Sri Shafee Abdullah mengelak diadili
Majlis Peguam berhubung kelakuannya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim
dengan mendapatkan perintah mahkamah.
Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan itu tidak konsisten dengan tindakannya “mendabik dada”, antaranya dengan berkata Anwar akan pengsan di mahkamah jika memilih disoal balas pihak pendakwaan.
“Malang sekali Shafee, yang sebelum ini mendabik dada tentang kehebatannya sebagai seorang pendakwa di dalam kes Fitnah II dan secara berterusan melemparkan kecaman dan fitnah terhadap seorang yang dipenjara – namun gagal berhadapan dengan tekanan dipersoalkan kerana tindakannya.
“Mungkin Shafee sendiri yang akan 'pengsan' sekiranya dipersoal,” kata Nik Nazmi merujuk kepada tindakan peguam itu mendapatkan injunksi interim menghalang usul kelakuannya dibincang dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlsi Peguam semalam.
Mahkamah Tinggi kelmarin membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya atau ejen mereka membenarkan usul itu dikemuka, dibincang atau diluluskan semasa AGM.
Injuksi juga melibatkan larangan daripada membincangkan perkara berkaitan kelakuan Shafee dalam kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Shafee dilantik sebagai peguam utama dalam kes Liwat II melibatkan Anwar.
Presiden baru Majlis Peguam Steven Thiru bagaimanapun berkata badan itu mempertimbang merujuk Shafee ke lembaga disiplin ekoran perkara berkaitan kelakuannya.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment