اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, March 15, 2015

Shafee mungkin ‘pengsan’ jika disoal balas

SHAH ALAM – Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mungkin akan ‘pengsan’ sekiranya disoal balas kerana tindakannya yang tidak profesional menghina pasukan pembelaan dan mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Muhammad Shafee sanggup berkongsi butiran 
 
perlakuan lucah dalam kes Anwar kepada umum namun sesetengah maklumat itu tidak terkandung dalam transkrip mahkamah.
“Amat aneh ketika mana Shafee secara bebas mengutuk pihak lain namun ketika giliran tindakannya diadili, beliau memilih untuk pada saat akhir mendapatkan injunksi interim mahkamah menghalang anggota Majlis Peguam membincangkannya.

“Malang sekali Shafee, yang sebelum ini mendabik dada tentang kehebatannya dan secara berterusan melemparkan kecaman dan fitnah terhadap seorang yang di penjara namun gagal berhadapan dengan tekanan dipersoalkan kerana tindakannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Shafee pada Jumaat berjaya menghalang Majlis Peguam Malaysia daripada mengemukakan usul mengenai kelakuannya berhubung rayuan kes liwat Anwar pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu, semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu.

Sebelum ini, Muhammad Shafee turut serta dalam siri jelajah penjelasan kes liwat II membabitkan Anwar anjuran Pemuda Umno adalah untuk menangkis persepsi Umno sebagai dalang konspirasi kes itu.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata tindakan Muhammad Shafee bukan sahaja telah menarik kritikan daripada ahli politik bahkan pengamal dan pengkaji undang-undang.

- sharian



No comments:

Post a Comment