اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, March 8, 2015

Syed Ali Alhabshee: Senjata kemusnahan baru yang dimiliki Umno Baru


Oleh Mariam Mokhtar

Syed Ali Alhabshee, ketua bahagian Umno Baru Cheras Umno mencabar pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya Tony Pua dari DAP agar mengisytiharkan aset. Pada 3 Mac, beliau memberi amaran kepada gabungan pembangkang bahawa mereka tak perlu bimbang, sekiranya kekayaan mereka terhasil melalui kaedah “jujur”. Handal betul!
Cabaran Syed Ali ialah contoh terbaik salah satu amalan Umno Baru, di dalam mengalih pandangan umum. Beliau cuba memanipulasi rakyat dan mengalih pandangan daripada berita sensasi, yang menyebabkan Umno Baru mendapat pandangan negatif.


Strategi Umno Baru ini diperlukan bagi membolehkan mereka mendapat ruang dan mengawal kerosakan. Lebih mustahak, bagi mengelak berita dan publisiti negatif.
Syed Ali hadir apabila skandal 1MDB terbongkar serta keluarga Najib dihambat kewujudan penuh kemewahan.

Amat tidak wajar Syed Ali mendakwa Pua melakukan serangan peribadi ke atas bapa Najib. Mengapa ketua Umno Baru Cheras itu tidak membuka minda sambil membaca media alternatif atau akhbar New York Times, berbanding hanya mentelaah Utusan Malaysia?.

NYT membongkar kisah “warisan harta” keluarga Najib sambil memperincikan gaya hidup mewah keluarga Perdana Menteri dan anak tirinya, yang mengecap glamor di Hollywood. Masalah Najib semakin meruncing apabila empat adik-beradiknya mengeluarkan kenyataan kehidupan sederhana bapa mereka, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.
Jadi Najiblah yang menyebabkan nama keluarganya tercalar, bersama-sama Wanita Pertama Malaysia Rosmah Mansor.

Syed Ali gagal menyedari bahawa PM itu hidup serba mewah, walaupun hanya mendapat gaji RM23,000 sebulan. Ramai yang cuba menerapkan nasihat Wanita Pertama tentang berjimat cermat, dengan menabung sejak remaja, sehingga mereka juga mampu membeli intan berlian bernilai jutaan ringgit. Walaupun hanya kakitangan junior HSBC London, anak tiri Najib mampu membeli apartmen jutaan dolar di New York dan Hollywood. Setiap beg tangan Hermès-Birkin yang dimiliki Wanita Pertama pula sama nilai dengan pendapatan setahun rakyat Malaysia.

Dengan memanipulasi rakyat dan menyebabkan kita menilai aset pemimpin Pakatan Rakyat, Umno Baru sedang mengawal kemusnahan. Bukannya Syed Ali tidak sedar implikasi kekayaan yang tidak dapat dijelaskan. Beliau sedar dan seperti Umno Baru, takut kesannya kepada Najib dan kerajaannya.
Najib dan Wanita Pertama dan pemimpin Umno mengingatkan rakyat agar berjimat cermat, tetapi mereka melaram ke sini dan sana sambil membeli belah.

Setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock mati secara misteri selepas ditemubual pegawai SPRM, bagi menjawab dakwaan korupsi selepas pembelian bendera. Jumlah keseluruhannya RM2,400. Kematian pegawai kastam Ahmad Sarbarni juga masih belum diselesaikan. Katanya beliau mahu mendedahkan amalan rasuah di kalangan pegawai kastam.

Hidup mereka diperiksa selok belok. Namun kekayaan PM dan Wanita Pertama tidak dipersoal Syed Ali. SPRM pula berlengah dan bersikap seperti pegawai Maharaja Ming yang dikembiri.-http://bm.theantdaily.com/

 Posted on Sunday, March 08 @ 12:30:16 MYT by paktam

No comments:

Post a Comment