اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, April 22, 2014

ADUN UMNO SENDIRI KASI PECAH TEMBELANG KERAJAAN UMNO/BN TEMBERANG ... KAMPONG TANPA WAYAR 1MALAYSIA TIDAK BERFUNGSI!!!!!

 




KERAYONG - Adun Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman menganggap projek Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia di Simpang Sebertak yang tidak berfungsi selepas lebih tiga tahun itu sebagai projek gagal.

Mohd Fadil berkata, dengan terteranya papan tanda di kawasan itu seolah-olah menunjukkan penduduk di sana tidak terlepas pandang oleh kerajaan dari menerima kemudahan secara percuma ini, sedangkan kemudahan itu langsung tidak boleh dinikmati rakyat.

Menurutnya, usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital di kalangan penduduk luar bandar dengan bandar adalah baik, namun pelaksanaannya tidak sempurna apabila pihak kontraktor yang dilantik tidak mampu menyelenggarakan kemudahan itu dengan baik.

“Apabila penduduk nampak papan tanda itu (jika berdasarkan nama projek), mereka anggap seluruh kampung menerima kemudahan itu tetapi sebenarnya hanya kira-kira seluas 12.5 meter per diameter sahaja.

“Jadi, hanya di kawasan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dekat sini sahaja yang boleh dipancarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan masalah kemudahan yang gagal berfungsi.

Mohd Fadil berkata, semasa kemudahan itu ditumpangkan di pejabatnya dekat Simpang Sebertak, pihaknya kerap melaporkan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak kontraktor yang dilantik juga sering datang untuk membaiki kerosakan tersebut.

“Tetapi, sekejap sahaja ia elok. Selang beberapa hari, kemudahan ini gagal lagi berfungsi. Saya tidak pasti bagaimana proses penyelenggaraan dilakukan namun ada juga beberapa kawasan yang mempunyai kemudahan yang sama masih boleh menikmati kemudahan itu sampai sekarang.

“Sebelum ini, ada mencadangkan ia dipindahkan di beberapa kawasan tetapi tiada maklum balas diterima.

Walaupun demikian, pihak yang bertanggungjawab sepatutnya melaksanakan tugas mereka dengan baik supaya rakyat sentiasa berpandangan positif terhadap usaha kerajaan ini,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment