Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mengucapkan simpati
dengan semua keluarga penumpang dan kakitangan pesawat MH370 dimangsakan
dalam trajedi kehilangan pesawat itu.
Sehingga kini tidak ada apa-apa yang 'pasti' dalam trajedi ini. Malah
Perdana Menteri sendiri begitu lemah sehingga beliau sendiri gagal
mengambil tanggungjawab atas apa yang diucapkan.
Umum pasti ingat bagaimana selepas dia mengatakan MH370 berakhir di
Lautan Hindi, tetapi apabila ditanya adakah pesawat tersebut terhempas,
muncul pula ayat pusing "berakhir" tak berhenti "terhempas".
Adakah ia kerana Najib memang lemah sehingga tak berani mengambil
tanggungjawab terhadap ucapan sendiri atau ia tahu apa sebenar terjadi,
sebaliknya terpaksa mengunci mulut kerana terperangkap dengan
pertembungan permainan kuasa besar di sebalik misteri kehilangan pesawat
tersebut?
Media arus perdana cuba mengenepikan kajian pendapat sebuah badan bebas
mengenai kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sendiri terhadap kerajaan,
khususnya Najib dan sepupunya Hishammuddin tidak telus dalam
mengendalikan isu MH370.
Namun hasil kajian ini merupakan gambaran sebenar bukan sahaja rakyat
Malaysia tetapi seluruh dunia.Awal April lagi, SAMM sudah menegaskan
simpati kepada Najib yang tersepit dalam pertembungan politik kuasa
besar yang akhirnya memangsakan MH370.
SAMM juga mengingatkan Najib bahawa sesungguhnya dia tidak mampu
berdepan sendirian dan dia lemah, maka tampillah didepan rakyat untuk
bercakap benar.
Addin
No comments:
Post a Comment