اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, April 22, 2014

Jamil Khir enggan ulas tindakan pemimpin BN hina mayat Karpal

 


Photo: Tuesday, 22 April 2014.

Jamil Khir enggan ulas tindakan pemimpin BN hina mayat Karpal

Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini enggan mengulas berhubung tindakan sewajarnya yang perlu diambil ke atas Ahli Parlimen Langkawi, Dato Nawawi Ahmad setelah menghina kematian Karpal Singh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan penuh Nawawi masih belum dibaca dan menyifatkan itu bukan urusan di bawah kementeriannya.

"Itu saya tidak baca. Lagi pula bukan tanggungjawab saya," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya adakah sebarang tindakan akan diambil ke atas Nawawi setelah kenyataannya tersebar di media sosial, Jamil berkata: "Oh begitu ya."

Khamis lalu, sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama,  he he," tulis Nawawi di akaun 'Dato Ir Nawawi Ahmad', merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".

Beliau bagaimanapun memadam gambar dan kenyataan berkenaan selepas dikritik ramai.

 
Posted by Jeebond BLM.Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini enggan mengulas berhubung tindakan sewajarnya yang perlu diambil ke atas Ahli Parlimen Langkawi, Dato Nawawi Ahmad setelah menghina kematian Karpal Singh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan penuh Nawawi masih belum dibaca dan menyifatkan itu bukan urusan di bawah kementeriannya.

"Itu saya tidak baca. Lagi pula bukan tanggungjawab saya," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya adakah sebarang tindakan akan diambil ke atas Nawawi setelah kenyataannya tersebar di media sosial, Jamil berkata: "Oh begitu ya."

Khamis lalu, sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama, he he," tulis Nawawi di akaun 'Dato Ir Nawawi Ahmad', merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".

Beliau bagaimanapun memadam gambar dan kenyataan berkenaan selepas dikritik ramai.


Posted by Jeebond BLM.


No comments:

Post a Comment