Menjelang cadangan Malaysia mengeluarkan 'sijil kematian' kepada semua
penumpang dan anak kapal MH370, teman kepada penumpang Amerika Syarikat
yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang menimbulkan
persoalan tentang analisis data satelit yang memberi kesimpulan bahawa
pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi di mana misi carian
dijalankan.
Di dalam emel bagi pihak 'The United Families of
MH370', Sara Bacj yang temannya Philip Wood antara 239 penumpang MH370,
meminta kerajaan Malaysia untuk menjelaskan mengapa ia setuju dengan
analisis yang diberi oleh Inmarsat, syarikat satelit Britain.
"Mereka gagal berkongsi sebab mengapa mereka menerima sumber tunggal
(Inmarsat) bagi analisis yang menggunakan kaedah yang belum digunapakai,
sebagai asas utama memberi kesimpulan pesawat tersebut terhempas dan
tiada yang terselamat," katanya dalam emel tersebut, dipetik dari Wall
Street Journal.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam satu sidang
berita kecemasan mengumumkan penerbangaan MH370 'berakhir' di kawasan
terpencil di Lautan Hindi.
Malaysia Airlines pula sementara itu memaklumkan keluarga penumpang tersebut bahawa tiada yang terselamat.
Najib kemudiannya memberitahu Parlimen pengumuman tersebut diberi supaya
tidak kelihatan seperti kerajaan tidak telus selama ini.
"Ia merupakan tanggungjawab seorang pemimpin negara dan komitmen
kerajaan untuk memutuskan supaya membuat pengumuman seperti itu.
Keputusan itu dibuat walaupun kami sedar kesannya," katanya.
Dalam emelnya, Bacj menimbulkan persoalan tentang ketiadaan sebarang
kajian saintifik ke atas analisis teknikal Inmarsat yang membawa kepada
kesimpulan yang diberi Malaysia.
"Kami tidak mengharap mereka dapat menjumpai seluruh pesawat itu, mayat
penumpang, ataupun ketahui mengapa kejadian ini berlaku, tetapi kami
sedang jangkakan sekadar bukti konkrit, walaupun kecil," WSJ memetik
dalam emelnya, ditulis dalam bahasa Cina dan dihantar ke ahli keluarga
penumpang China.
Dalam pengakhiran emel itu ditulis, "KAMI CUKUP MARAH, SEDIH DAN TERKILAN!". ~tmi
No comments:
Post a Comment