Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dikritik ramai gara-gara menghina mayat Karpal Singh di akaun Facebooknya pada hari kematian Karpal, semalam sekali lagi mengulangi perbuatan itu, dan kali ini menyamakan peguam terkenal itu dengan "Abu Jahal".
Seorang pengguna Internet, Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, mendakwa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu mengeluarkan kenyataan menghina Karpal walaupun dilaporkan sudah menarik balik kenyataannya.
"Saya membuat komen di laman Facebooknya hari ini (semalam) untuk menegur perbuatannya yang tidak bertamadun dan memalukan orang Islam. Berlaku pertikaian pendapat antara kami yang berterusan apabila beliau menghantar pesanan peribadi kepada laman sosial saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau yang bekerja sebagai pelatih korporat di syarikat swasta berasa terkejut apabila Nawawi tanpa rasa bersalah menyifatkan perbuatannya menghina ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai mengagungkan Islam.
“Nawawi berkata tidak kesal dengan perbuatannya itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila saya menyatakan kepadanya perbuatan itu bukan sahaja melemahkan Umno dan BN, malah menyebabkan kebencian rakyat terhadap parti itu makin bertambah,” kata Shamsul.
Semalam sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama, he he," tulis Nawawi di akaun "Dato Ir Nawawi Ahmad", merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".
Selain itu, Shamsul berkata Nawawi turut menyamakan Karpal Singh dengan musuh Nabi Muhammad, Abu Jahal.
"Ketika Abdullah Massud, sahabat nabi dimaklumkan mengenai kematian Abu Jahal, baginda bersyukur panjang. Bagi saya, Karpal Singh setara dengan Abu Jahal," tulis Nawawi.
Shamsul berkata, beliau menyelar kenyataan Nawawi itu yang menyamakan Karpal dengan Abu Jahal dengan mempertikaikan apa haknya untuk melabel manusia.
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Nawawi tidak menggambarkan kebijaksanaan seorang pemimpin, tambahan lagi apabila dia memberitahu Nawawi bahawa mendiang mempunyai keluarga.
Justeru, perbuatan memperlekehkan orang yang baru meninggal dunia adalah tidak patut.
"Tidak poke fun, tapi tetapi real agenda, saya pun ada anak isteri, so what.. .terpulang kalau you hendak kutuk hak you, orang yang tidak tahu malu adalah hak peribadi, you (Shamsul) saya tidak jenis apa yang suka kacau orang," katanya.
Pertikaian dengan Nawawi berakhir apabila ahli Parlimen itu bertindak membuang namanya dalam senarai rakan Facebooknya.
"Ia amat bertentangan dengan apa yang beliau katakan pada awal yang tidak kisah sesiapa menyatakan perasaaan tidak puas hati kepadanya dan tidak akan menyekat orang tersebut daripada memberi komen di laman Facebooknya," kata Nawawi.
Semalam selepas mendapat kecaman hebat ekoran perbuatanya itu, kira-kira tiga jam memuat naik komennya yang didakwa menghina itu, Nawawi bertindak memadamkan tulisan dan gambar tersebut.
Ketika ditanya, beliau tidak menafikan perbuatanya itu dengan menegaskan anggapan Facebook sebagai tidak rasmi selain tidak serius.
"Malah, apa yang saya tulis itu saya tidak sangka hendak jadi viral pula. Kalau saya hendak buat kenyataan rasmi sudah tentu ayat yang disusun sangat berhati-hati," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Malaysiakini.
Hari ini dalam status terbarunya, beliau menulis "Pepatah Melayu berkata, kerana pulut santan basi, zaman ini kerana Facebook kita kena, haiyya," dipercayai merujuk kepada situasi dirinya lapor
No comments:
Post a Comment