اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 19, 2014

[MH370] Hampa lagi, Tompokan Minyak BUKAN Daripada Pesawat MH370




MH370: Analisis Awal Sahkan Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat

PERTH - Tompokan minyak dikesan Ahad lepas oleh kapal pertahanan Australia Ocean Shield di selatan Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, BUKAN minyak pesawat atau cecair hidraulik.

Ketua Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston, yang menyelia operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal ke atas sampel yang diambil di kawasan pencarian, yang tiba di Perth pagi Khamis.

Isnin lepas, Angus dalam satu sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan isyarat 'ping' yang dikesan sebelum ini oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan oleh kapal Ocean Shield.

Dua liter tompokan minyak itu diambil sebagai sampel.

Dalam perkembangan berkaitan, JACC berkata hasil penilaian oleh Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500 meter.

"Peluasan parameter operasi membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.

JACC juga menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu hingga dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, sambil menegaskan bahawa kenyataan itu tidak betul.

Bluefin-21, alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta 3D untuk mengimbas kawasan dasar laut, digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan Isnin lepas.

Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui apa-apa setakat ini.

Alat itu dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat diperolehi oleh alat pengesan pinger yang ditunda itu sejak 8 April.

 -BERNAMA    

Sumber : http://greenboc.blogspot.com/2014/04/mh370-hampa-lagi-tompokan-minyak-bukan.html

No comments:

Post a Comment