اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 19, 2014

Orang ramai diminta berwaspada penularan MERS

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan wabak "Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).
  
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr N.K.S Tharmaseelan berkata tidak perlu bagi sesiapa untuk menukar rancangan perjalanan kerana MERS.

Bagaimanapun, pelawat yang hendak ke negara-negara di atau dekat Timur Tengah hendaklah mematuhi langkah berjaga-jaga.

"Mereka hendaklah kerap mencuci tangan dan mengelak daripada orang yang sakit dan menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin.
    


"Jika demam dan menunjukkan tanda-tanda jangkitan respiratori seperti batuk atau kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas melawat ke negara-negara di Timur Tengah atau negara jiran, mereka hendaklah segera mendapatkan rawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan terbaru mereka," kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.
  
Pada Rabu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan bahawa seorang lelaki meninggal dunia pada 13 April akibat MERS-CoV, kes pertama seperti itu dilaporkan di Asean.
  
Lelaki itu baru pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah.
  
Tanda-tanda jangkitan MERS adalah seperti demam, kesukaran bernafas, radang paru-paru dan kegagalan buah pinggang. - Bernama


1 comment:

  1. First In the World !! – Teknologi Elektron : ‘Solar Etron Cell tech’
    Revolusi Terbaru Dalam Dunia Perubatan & Kecantikkan Moden !!
    Anda Pasti Teruja Dengannya !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete