Seorang
personaliti TV Al-Hijrah , saudara Amin Idris telah ditimpa Fitnah
Besar, tak tahu apa puncanya tapi itu lah hakikat perjuangan, pasti akan
ada cabaran yang menentang.
FITNAH
BESAR MENIMPA SAYA | Saya telah ber'skype' dengan seseorang dari
Filipina atas tujuan berbincang tentang tujuan dia ingin menjemput saya
untuk mengendalikan program training untuk pekerja kilang disana.
Kira-Kira 10 minit selepas berbincang, beliau henti dan logout. Saya
hairan dan cuma tunggu untuk dihubungi.
Pada esok hari dia menghubungi saya di Skype dengan video yang sungguh "real" memaparkan :
1. Saya sedang minum arak
2. Saya berjoget di disko
3. Video ketiga dia kata surprise dan sangat aib serta tak mampu untuk saya ceritakan.
Saya
terus terasa malu, lemah dan terkejut kerana ada yang sanggup mengaibkan
saya sebegitu sekali. Dan dia ugut minta duit agar dia tak sebar video
tersebut. Saya takkan tunduk kepada mereka, tapi saya bimbang akan
timbul fitnah yang luar biasa dan 'membunuh' saya dengan persepsi rakyat
Malaysia. Justeru :
Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah buat seperti yang ada dalam viedo tersebut.
Semoga Malaysia bersama saya. ( AMIN IDRIS )
Kes
seperti ini sebenarnya banyak berlaku samada dalam negara kita mahupun
negara luar, kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini sebenarnya
makin memudaratkan jika kita tersalah guna. teringat akan sebuah drama
dari negara Hong Kong pernah membawa kisah berkenaan sindiket penipuan
internet. Modus operandi mereka adalah menggunakan peralatan komputer
yang canggih untuk memerangkap mangsa yang dihubungi tanpa mangsa
menyedari dirinya sebenarnya sedang diperangkap oleh sindiket ini dengan
membuat video lucah. Dalam drama ala-ala penyiasatan nie, mangsa
seterusnya diperas ugut dengan meminta wang supaya video lucah yang
dibuat tadi tidak disebarkan.
Jadi
disini, suka juga aku ingin mengingatkan kepada yang lain-lain supaya
lebih berhati-hati dalam internet, gambar-gambar anda, lebih-lebih lagi
wanita, yang konon cute miut yang diupload ke mukabuku atau sebagainya,
awas! lebih baik beringat dari menyesal kemudian hari.
Apa yang
menimpa saudara Amin kini merupakan satu ujian yang hebat bagi beliau,
diharapkan beliau terus tabah dan berdoa supaya fitnah tersebut dapat
dielak. Kami rakyat Malaysia juga akan turut sama mendoakan anda.
Sabarlah.---suarashiro.com
No comments:
Post a Comment