اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 26, 2014

Anwar main kayu tiga dengan Saifuddin?


Lisa Adam 

Anwar Azmin SaifuddinAdakah Anwar Ibrahim akan menyatakan sokongan secara terbuka kepada salah seorang calon Timbalan Presiden parti seperti pemilihan-pemilihan yang sebelumnya?

Mungkin persoalan lebih tepat kali ini adalah siapa? Antara Azmin Ali, Khalid Ibrahim atau Saifuddin Nasution?

Bertahun memegang gelaran orang kesayangan Anwar, ini kali pertama Azmin bertanding bagi mengekalkan jawatan kedua tertinggi parti ini tanpa ‘restu’ dan ‘sokongan’ Ketua Umum PKR.

Menjadi antara tulang belakang yang memastikan kelangsungan PKR dalam politik Malaysia, Azmin memang cukup sinonim dengan parti dan diketahui memiliki tapak kukuh serta sokongan kuat dari ramai ahli parti.

Bukan itu sahaja, kebanyakkan wakil rakyat PKR pasti merasa terhutang budi dengan Azmin, kerana Azmin adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi memilih calon -calon PKR dalam pilihanraya umum yang lepas.

Apakah mungkin wakil-wakil ini mahu menjadi kacang lupakan kulit dan mengkhianati Azmin?

Mungkin inilah yang menjadi sumber keyakinan Azmin bagi mempertahankan jawatan yang sekian lama disandangnya meskipun bakal berdepan dengan Khalid dan kuda baru Anwar, Saifuddin.

Belum terpadam rajuknya pada Anwar berkenaan isu Menteri Besar Selangor, kini Anwar pula main kayu tiga dengan Saifuddin.

Walau ramai yang berpendapat bahawa Azmin masih layak berada dalam pimpinan tertinggi parti, namun perjalanannya kali ini mungkin sedikit sukar terutama sekali dengan kemelutnya dengan Anwar.

Apatah lagi dengan kebarangkalian Anwar terheret dalam proses mahkamah yang panjang, Puan Presiden mungkin akan ‘menasihatkan’ ahli parti untuk memilih selain daripada Azmin.

Adakah Keadilan Raya milik Azmin yang menolak factionalisme, gabungan atau kumpulan di dalam parti akan membawa kejayaan kepadanya?

Klise kerana Keadilan Raya sendiri mendapat sokongan dari gabungan calon Naib Presiden Shamsul Iskandar Md Akin, calon Ketua AMK Aminuddin Shaari dan juga calon Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

Tindakan Azmin mengenengahkan Keadilan Raya juga umpama mencabar gabungan Izzah, Rafizi dan Saifuddin.

Ia mungkin langkah bijak atau bakal jadi senjata makan tuan sekiranya akar umbi merasakan bahawa Keadilan Raya adalah kesinambungan kekecewaan Azmin terhadap Anwar, dan satu bentuk revolusi dalaman parti yang cuba memulakan ‘era’ Azmin.

Kurang wow factor

Berbanding Azmin, Saifuddin adalah seorang yang setia dan kurang menonjol dalam bab memperjuangkan agenda peribadinya.

Saifuddin punya peluang untuk pergi lebih jauh bersama PKR namun memilih untuk menunggu dan tidak begitu agresif membentuk blok ‘Saifuddin Clan’ seperti yang dilakukan Azmin.

Bagaimanapun, Saifuddin punya banyak kekurangan terutamanya dalam hal-hal mentadbir serta tiada ‘wow factor’ yang boleh menarik sokongan terhadap dirinya. Mungkin inilah yang menarik di mata Anwar.

Saifuddin adalah pilihan yang lebih selamat bagi Anwar kerana berbanding Azmin yang sudah liar dan tidak lagi menari mengikut rentaknya, Saifuddin adalah seorang loyalist yang membolehkan Anwar terus memastikan parti berada dibawah telunjuknya meski dari Sungai Buloh.

Khalid pula yang kebelakangan ini acapkali mengundang rasa tidak puas hati pada Anwar bukanlah pilihan terbaik bagi menggantikan Azmin.

Anwar tahu sekiranya Khalid berjaya, legasi Anwar dalam PKR akan terpadam sedikit demi sedikit. Jika Khalid enggan tunduk pada permintaan dan kehendak Anwar di Selangor, kebarangkalian besar perkara yang sama akan terjadi dalam parti juga besar.

Mungkin umum sudah dapat meneka ke mana dan pada siapa sokongan Anwar kini tertumpu.

Melihat Anwar didampingi calon-calon yang menyokong ‘Masa Depan Bersama’ pada siri jelajah Reformasi 2.0 rasanya sudah cukup untuk menyatakan restu Anwar adalah bersama Saifuddin.

Adakah ini pengakhiran buat Azmin? Barangkali. Mengekalkan Azmin sebagai Timbalan Presiden bererti bertindak membelakangi kemahuan Anwar dan samaada suka atau tidak, PKR adalah parti untuk Anwar, demi Anwar.

Adakah akar umbi mahu menidakkan kehendak Anwar? Mungkin tidak.

Walau yang demikian Azmin masih punya kelebihan untuk kekal sebagai Timbalan Presiden kerana kehadiran Saifuddin dan Khalid hanya akan memecah undi antara kedua mereka tanpa peluang mendapat majoriti.

Lisa Adam adalah pemerhati politik tempatan


No comments:

Post a Comment