اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 26, 2014

" Tapak Bazar Ramadhan Meningkat Mendadak RM2,500 Ke RM3,500. Negeri Mana Mari Kita Baca "


Masa nilah kalau kerajaan negeri nak tunjuk hero. Bantulah peniaga-peniaga melayu, dalam masa setahun kenaikan hampir 35%. Mana boleh tahan, belum tentu lagi dengan pendapatan yang akan diperolehi.

Kata menjaga melayukan. Ayuh tunjukkanlah keperihatinan kerajaan negeri dibawah pimpinan Mukhriz Mahathir, aduan dah dibuat sekarang tinggal menunggu tindakan dari pihak kerajaan negeri sahaja.



ALOR SETAR - Kebanyakan peniaga dilanda kebimbangan apabila tapak bazar Ramadan di hadapan bangunan CIMB, Jalan Tunku Ibrahim dekat sini, didakwa naik mendadak berbanding sebelumnya.

Liza, 42, berkata, harga sewa tapak bersama deposit RM2,500 dinaikkan kepada RM3,500 pada tahun ini.

“Dengan keadaan ekonomi masa kini, harga sewa tapak bagi peniagaan baju dan perhiasan ditawarkan dikhuatiri membebankan peniaga kecil seperti dirinya.

“Kenaikan harga sewa terlalu banyak. Ia nilai terlalu besar. Tambahan pula, kos kewangan perlu disediakan dalam tempoh terdekat pada 5 Mei ini,” katanya.

Liza berkata, peniaga juga risau tidak pulang modal dengan harga tapak sedemikian, sekali gus lebih merugikan mereka sedangkan wang deposit hanya diperoleh semula pada Disember.

Malah katanya, mereka difahamkan hanya lebih kurang 36 tapak bazar disediakan di kawasan berkenaan, sekali gus memerlukan mereka bersaing antara satu sama lain.

Katanya, kebanyakan peniaga merayu pihak berkenaan menurunkan harga sewa mengikut kadar kemampuan.

Manakala Norishah, 51, berkata, sistem bidaan diperkenalkan untuk tapak bazar Ramadan Kedah Capitol, Jalan Sultan Badlisah, dekat sini menimbulkan tanda tanya buat mereka.

“Kami perlu membida tapak bazar dengan kadar mulai RM3,000. Sekiranya, ada peniaga membida tapak dengan harga lebih tinggi, kami juga terpaksa menaikkan kos kami,” katanya.

Katanya, kebanyakan peniaga mendakwa sistem berkenaan tidak adil buat mereka kerana ada kemungkinan individu tertentu menyalahgunakan kuasa mereka.

Menurutnya, mereka memohon sistem bidaan digantikan semula dengan sistem terbuka secara cabutan undi demi membolehkan peniaga mengetahui sesiapa berhak mendapat tapak itu.

Manakala, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Kedah, Sarjakhan Abu Bakar berkata, pihaknya menerima aduan mengenai tapak bazar di kawasan itu.

“Kami mohon pihak berkenaan menjelaskan tindakan menaikkan harga ini,” katanya.

Katanya, kenaikan harga sedemikian dilihat akan menyebabkan usahawan tempatan terpinggir, sebaliknya peniaga luar pula mengambil kesempatan atas perkara itu.

Sarjakhan berkata, beliau merayu Exco Kerajaan Tempatan, Badrol Hisham Hashim melihat masalah ini, sekali gus menyelesaikannya supaya ia tidak menjadi isu setiap tahun apabila tiba musim perayaan. Sumber ;

No comments:

Post a Comment