اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 26, 2014

Kita memerlukan politik baru sebelum terlambat !!


 

 

DAP meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika masih bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, kerana perlaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat yang menggabungkan 3 buah parti termasuk PAS. 
Selain dari DAP banyak parti-parti lain seperti MCA dan beberapa buah parti di Sabah dan Sarawak juga tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud itu.

DAP berpendapat PAS tidak seharusnya berpendirian untuk mendapatkan semua kehendaknya, disamping mendapat sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat tetapi tidak bersetuju dengan pendirian PR dalam isu hudud. 
Kata Pengerusi Organisasi DAP, dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal. Itu benar kerana politik itu hidup dan selalu berubah-ubah keadaan dan situasinya.

Semasa perdebatan diantara Setiausaha Agung DAP dengan Chua Soi Lek beberapa ketika dahulu, DAP telah mempertahankan perhubungannya dengan PAS kerana isu hudud itu menjadi isu hangat yang dipermainkan oleh MCA. 
Lim Guan Eng dengan jelas memberitahu hadirin dan masyarakat awam yang DAP menghormati perjuangan bangsa dan agama lain dan itu pun sebabnya ada perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam keadaan akhir-akhir ini DAP nampaknya sangat keras menentang apa yang hendak dilakukan oleh PAS dan janjinya untuk menghormati perjuangan bangsa dan agama lain sudah jelas bukannya janji yang mudah dikotakan oleh parti yang dikuasai oleh kaum Cina itu. 
Jadi betullah kata pemimpin DAP itu yang dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal.

Maka dalam situasi sekarang ini perpecahan dan pertentangan berlandaskan agama dan perkauman semakin melebar. 
Sudah ramai yang memperjuangkan politik kepelbagaian kaum semakin cemas kerana nampaknya masing-masing bangsa sedang berusaha untuk menguasai politik negara. 
Kaum Cinanya sudah bersatu dengan kaumnya sendiri dan kaum bukan Cina seperti Melayu sudah mula bersama-sama memikirkan nasib bangsanya sendiri.

Saya mengambil isu ini untuk dikomen kerana blog ini sudah begitu lama berharap akan ada politik baru dalam negara ini kerana mereka yang sedang menguasai politik kerajaan dan pembangkang sudah jelas tidak mampu untuk memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh parti pimpinan mereka. 
UMNO yang menentang keras hukum hudud telah mula ada seruan dikalangan pimpinannya untuk parti itu dengan PAS bersatu dan melaksanakan agenda bangsa dan agamanya termasuk hukum hudud ini.

Dalam keadaan sekarang, tidak ada kemungkinan yang rakyat akan bersatu seperti yang kita alami dahulu. 
Yang kita nampak sekarang di semenanjung ini jika kuasa politik di perolehi oleh kaum Cina maka ini akan merupakan kematian bagi kaum Melayu dan bangsa itu akan hilang identitinya sendiri. 
Di sebaliknya jika mandat diperolehi oleh kaum Melayu maka kuasa politik itu tidak akan mampu dirasakan oleh kaum Cina seperti dahulu semasa MCA menjadi tulang belakang perjuangan untuk kaum Cina dahulu.

Justeru negara memerlukan kepimpinan yang berimej yang berlainan dari yang ada sekarang, baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang. 
Kita terpaksa memulakan politik baru yang membolehkan semua kaum tidak merasa ketinggalan dalam arus dan kuasa politik dan semua bidang kehidupan manusia yang tinggal dalam negara ini.

Dalam keadaan politik Melayu yang kian lemah, sudah timbul kesedaran yang Melayu perlu bersatu kerana orang melayu sudah tidak sanggup menahan cemuhan bangsa lain sekarang ini. 
Begitu juga lah bangsa lain sudah tidak lagi mampu untuk membendung perasaan tidak puas hati dalam keadaan politik kini.

Jika bersatunya Melayu maka ia akan membuktikan yang kuasa politik negara ini terletak ditangan Melayu dan pemimpinnya. Tetapi bolehkah Melayu itu bersatu dengan kepimpinan yang ada pada hari ini? 
Jawapannya tentulah tidak!, kerana pimpinan Melayu terutamanya dalam UMNO sudah hilang arah matlamatnya kerana mereka sudah membudayakan politik ampu mengampu dan bergantung kepada perut yang gondolan untuk berkuasa yang mengakibatkan perpecahan dikalangan pimpinan dan rakyat Melayu itu sendiri. 
Tetapi sebusuk-busuk melayu itu jika ia berkuasa ia masih ada terbau Melayu nya.

Mahu tidak mahu semua kaum mesti mengakui yang politik negara ini adalah bergantung kepada kaum Melayu jika mereka berpadu. 
Oleh yang demikian, jika ada usaha oleh bangsa Melayu yang berada dalam PAS, UMNO dan PKR, maka kedudukan dan kekuatan politik melayu itu akan tetap kekal menguasai politik tanahair kita ini.

Permainan ‘partisan politics’ sudah tidak lagi mampu untuk negara ini dikekalkan kerana masing-masing bangsa tidak mahu berkorban untuk kemahuan negara. 
Jika ini keadaannya dan tidak boleh di elakkan lagi maka perpaduan UMNO dengan PAS itu adalah satu usaha yang paling baik tetapi biarlah mereka yang melakukan jenayah politik dalam UMNO itu serta-merta berundur dan dicari pemimpin yang baru untuk melakukan pembaharuan siasah negara ini.

Saya secara peribadi merasakan yang lanskap politik tanahair akan berubah dengan pesatnya dengan keluarnya seruan lantang dari pemimpin DAP supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat. 
Apabila sudah hambur kata-kata seperti itu maka ia menunjukkan yang perhubungan dan penyatuan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak akan kekal dan akan berpecah dalam jangka masa yang agak deras.

Blog ini meramalkan yang Pakatan Rakyat akan berbentuk lain tanpa PAS di dalamnya. Jika itu berlaku maka niat dan hasrat Pakatan Rakyat untuk duduk di Putrajaya hanyalah mimpi disiang hari sahaja. 
Mungkin ramai ‘polical novis’ tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi itu tidak mengapa. Masing-masing perlu melalui hakikat ini dalam PRU yang akan datang sebelum yakin dengan apa yang saya katakan ini.

Itu sebab saya ulangi, jika mereka dalam DAP dan parti-parti berbangsa bukan Melayu yang lain mahu merasakan nikmat bersama berkuasa, wajar berfikir untuk menurunkan ego masing-masing dan bersama-sama melalui proses perubahan bagi mewujudkan politik dan siasah yang baru bagi negara ini. 
Jika sekarang ramai ahli-ahli parlimen sedang melakukan lobi melobi dikalangan mereka dalam isu hudud, mereka juga sepatutnya juga lobi melobi untuk memilih kepimpinan baru negara bagi mendapatkan ‘ambience’ baru dalam politik negara ini.

Sekali lagi blog ini mengulangi, ‘we need to start new politics urgently’ sebelum terlambat. Jangan dilengah-lengahkan.


No comments:

Post a Comment