Semasa lawatan tiga haribeliau ke ibu negara, Presiden Amerika Syarikat
Barack Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin
masyarakat awam pada petang Ahad.
Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin NGO yang dihubungi enggan memberi sebarang butiran tentang mesyuarat berkenaan.
Majlis Gereja-Gereja Malaysia akan diwakili oleh Rev Dr Herman Shastri.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Dr Ahmad Farouk Musa berkata mesyuarat 30
minit itu bakal memberi peluang kepada setiap wakil untuk membentangkan
pandangan mereka.Beliau juga berkata lokasi tidak boleh didedahkan dan
masih belum dimuktamadkan.
"Ia tidak akan berlaku di Kedutaan Amerika Syarikat seperti yang
dilaporkan. Kami juga tidak tahu di mana ia akan berlaku kerana akan
diberitahu sebelum mesyuarat itu, " katanya.
Dr Ahmad Farouk juga menjelaskan bahawa pemimpin NGO tidak meminta
mendapatkan pertemuan bersama Obama. Sebaliknya, kumpulan itu telah
dijemput oleh Kedutaan Amerika Syarikat Isnin lepas.
"Kami tidak ada kuasa untuk mendapatkan pertemuan dengan Presiden.
Terpulang kepada beliau dengan siapa dia mahu bertemu dan beliau
menjemput kami."Ia merupakan peluang yang baik untuk kita menyuarakan
pandangan dan berkongsi apa yang benar-benar berlaku dalam negara ini,"
kata Dr Ahmad Farouk.
Sebagai pemimpin IRF, beliau bakal membentangkan tentang isu penindasan
agama di negara ini."Malaysia mahu dilihat di mata dunia sebagai
pemimpin pergerakan sederhana tetapi ia harus bermula di dalam negara
terdahulu," katanya.
Sementara itu, NGO lain tidak mahu mengulas tentang pertemuan dengan
Obama.Seorang wakil Sisters in Islam berkata mereka hanya akan mengulas
selepas mesyuarat itu.Dalam satu mesej SMS kepada AWANI, Pengerusi
Bersih Maria Chin Abdullah menulis: " Saya tidak boleh mendedahkan
apa-apa sehingga selepas acara tersebut.
"Pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez juga berkata beliau hanya
akan mengulas selepas mesyuarat itu.Setiausaha Agung Majlis
Gereja-Gereja Malaysia Rev Dr Hermen Shastri enggan ditemuramah pada
ketika ini.
Obama dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak dan melancarkan Pusat Inovasi dan Kreatif
Global Malaysia (MaGIC) esok.Beliau dijangka berlepas ke Filipina pada
Isnin. ~awani
Sumber : addindeen.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment