Dulu kita pernah dikejutkan dengan berita kononnya kerajaann mengitip
rakyatnya sendiri dengn menggunakan Finspy, sebuah software yang boleh
dibeli di pasaran. Kerajaan Malaysia dan Singapura menafikannya (Baca di sini dan di sini). Kitapun lega.
Semalam keluar lagi berita yang menakutkan. Sejenis virus sedang
bermaharajalela mengintip email kita dan mencuri data peribadi kita
seperti nombor telefon bimbit, nombor kad credit, nombor akaun bank dan
lain-lain yang mungkin terlibat dalam transaksi dan komunikasi yang kita
lakukan melalui email!
PENCURI DATA PERIBADI |
Kita ingat hanya kerajaan sahaja yang sedang mengintai. Rupanya kita
silap! Melalui virus ini golongan mafia Rusia pun boleh mengintip email
pemimpin Malaysia, selain pengintip dari Kerajaan China dan perisik
Amerika.
Apakah lagi yang selamat?
PENCURI YANG LICIK |
Tukar password boleh selamat?
Tidak lagi.
Kini, pencuri data yang licik ini boleh akses email kita walaupun kita
telah menukar password. Ini kerana keselamatan komunikasi siber hanya
boleh ditingkatkan oleh organisasi. Jika security sistem kominikasi
organisasi tidak ditingkatkan, tukar password pun tak guna.
Berita ini membuat Yong terfikir. Tidak hairan kalau pencuri ini telah
mencuri data dari MAS. Ini kerana diberitakan Kapten Zaharie ada membuat
permohonan menukar passwordnya.
Jika yang sedang diintip ialah kerajaan Malaysia, siapakah stakeholder
yang akan terjejas kerana ketirisan dalam keselamatan online ini?
Tak lain tak bukan, kita rakyat Malaysia.
Adakah teori konspirasi itu benar?
No comments:
Post a Comment