ANGGOTA forensik memeriksa motosikal suspek.
Ampang: Dua
anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan
jenayah parah akibat ditembak lelaki bertatu 'Harimau' di Lembah Maju di
sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11
pagi itu, dua anggota polis terbabit menahan sebuah motosikal dinaiki
seorang lelaki untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapati dia berada
dalam keadaan mencurigakan.
Kemudian, dua anggota polis itu melihat seorang lagi lelaki berada berhampiran suspek pertama yang cuba melarikan diri.
Menurut sumber, dua anggota polis terbabit mengejar suspek kedua sebelum lelaki di atas motosikal itu bertindak melepaskan dua tembakan ke arah mereka.
Menurut sumber, dua anggota polis terbabit mengejar suspek kedua sebelum lelaki di atas motosikal itu bertindak melepaskan dua tembakan ke arah mereka.
Tembakan
pertama mengenai bahagian perut seorang anggota polis manakala tembakan
kedua mengenai bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis.
Kedua-dua suspek melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran.
Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu.
Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu.
Sumber myMetro
No comments:
Post a Comment