Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.
Teori pesawat
MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan
tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego
Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.
Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.Pihak
kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat
itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.
Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.
“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.
Menurut beliau,
AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan
skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara
Maldives pada pagi 8 Mac lepas.
”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.
Berkaitan data,
jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan
dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di
Pine Gap, Australia.
Jurucakap itu
berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut
AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang
dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa. - sumber
No comments:
Post a Comment