اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, April 28, 2014

COUNTDOWN TO 501

Photo: COUNTDOWN TO 501

Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman (PAA) untuk bertindak terhadap perhimpinan anti-GST pada 1 Mei di Kuala Lumpur kerana ia adalah Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia, kata badan pemantau pilihan raya, BERSIH.

Polis mesti memberi perhimpunan itu komitmen yang sama bagi melancarkan laluan, sepertimana yang ia lakukan untuk lawatan dua hari Presiden Amerika, Barack Obama hujung minggu ini, kata jawatankuasa pemandu BERSIH 

"Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012  untuk menghentikan perhimpunan tersebut. Hari Pekerja disambut di seluruh dunia," kata BERSIH merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad (kiri) bahawa perhimpunan anjuran NGO dan Pakatan Rakyat itu, adalah haram.

Ia menggesa pihak polis supaya mengikut perkembangan masa dan melihat peranan mereka menjaga amalan demokrasi.

BERSIH berkata, ia "kecewa" dengan laporan Zainuddin mengisytiharkan perhimpunan itu haram dan bahawa NGO itu tidak memenuhi syarat-syarat PAA untuk menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.

BERSIH mengulangi hasratnya untuk berhimpun semasa perhimpunan 1 Mei pada pukul 2 petang berhampiran KLCC, dan kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka.

#HAK_KITA_TERJAMIN_DALAM_PERLEMBAGAAN

No comments:

Post a Comment