اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, April 28, 2014

Bulan April Yang Sarat Dengan Kebodohan!

 

Oh tidak, kita masih di bulan April yang sarat dengan kebodohan
SUARA LANTANG: Artikel ini seperti bahagian 3 suatu Trilogi. Sebelum ini, saya menulis: Belum lagi menjadi bahan ketawa dunia tetapi sudah hampir dan Siapa yang ditabal pemenang “Malaysia Tak Boleh”?

Hari ini, saya bermula dengan membandingkan Datuk Nawawi Ahmad dengan Datuk Zulkifli Noordin.

Datuk Nawawi ialah ahli parlimen Langkawi yang mempersenda kematian “Harimau Jelutong” Karpal Singh di akaun Facebooknya.

Dua hari kemudian, dia memohon maaf tetapi postingnya sudah tersebar dan ditempelak ahli politik dan pengguna Internet.

Zulkifli pula merupakan bekas naib presiden Perkasa dan calon Umno bagi parlimen Shah Alam yang tewas pada PRU13.

Dia memperlekehkan kematian bekas pengerusi DAP dan menganggapnya kemenangan bagi perlaksanaan hudud.

Tulisannya di Twitter terus diselar Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin yang menulis tweet balas, “Diamlah, betul, lebih baik diam.”

Kerana saya sendiri penulis di Twitter, saya turut menulis “Rakyat Malaysia samada sukakan @khairykj atau tidak gemarkannya. Tetapi apa yang boleh dikatakan bagi @zulkiflinoordin kecuali dia memang tiada wibawa.”

Itu sahaja perbezaan di antara Nawawi dan Zulkifli. Mereka berasal daripada Kedah dan menghina kematian Karpal. Selain itu, tiada persamaan.

Ahli parlimen Langkawi itu meminta maaf tetapi calon ahli parlimen itu tidak menyesali perbuatannya.

Beliau memang tiada wibawa.

Sebelum kekalahannya, Zulkifli berkata beliau yakin 101% akan menang.
Khalid Samad dari PAS menang besar ke atasnya dengan majoriti 10,939 undi.

Memang Zulkifli orang yang malang, tetapi bukan dia sahaja yang mempamer kebodohan dalam bulan April ini.

Peguam Negara, ahli parlimen yang berbini dua dan majistret yang lemah juga di dalam senarai ini.

Seorang peguam dan hakim bersara telah mempersoal mengapa peguam negara yang diimpot dari Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tampil mewakili Pendaftar Pertubuhan di dalam dakwaan terhadap DAP berhubung pemilihan parti itu.

Mereka bertanya samada Shafee ayam tambatan Putrajaya bagi mengekang individu dan organisasi yang menentang kerajaan.

Sebelum ini, peguam negara telah memberi kuasa kepada Shafee selaku timbalan pendakwaraya yang menerajui pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes Liwat II di Mahkamah Rayuan.

Bekas hakim itu berkata Pejabat Peguam Negara mempunyai peguam yang handal seperti Amarjeet Singh, Alice Loke dan Narkunavathi Sundareson. Jadi mengapa perlu khidmat peguam Umno?

Ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin pula berbini dua. Pada 2010, dia mengaku melakukan poligami dengan aktres Zizie Ezette tanpa pengetahuan pendaftar Syariah.

Bung Mokhtar tidak gemar pakaian seorang ahli parlimen wanita pada sesi persidangan baru-baru ini.

Apa salahnya kelibat kaki wanita?, tanya seorang pengguna Internet.

Seorang lagi berkata pakaian yang dikenakan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok tidak menjolok mata.

“Pakaiannya sesuai bagi majlis rasmi dan juga boleh dipakai ke mahkamah,” katanya.

Seorang majistret Bukit Mertajam pula bukan hanya menghukum penjara seorang pekerja Bangladesh malah mengenakan hukuman tiga kali sebatan. Pekerja itu memiliki permit kerja yang sah!

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mahu kes itu didengar semula.

Pekerja berusia 28 tahun itu menyaman kerajaan Malaysia, Jabatan Imigresen dan polis sebanyak RM3 juta.

Ketua Polis Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dilanda kontroversi kerana gagal bertindak ke atas penculikan yang dilakukan seorang bapa (yang memeluk Islam) ke atas anaknya yang berusia enam tahun.

Polis enggan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat ibu beragama Hindu itu dan Khalid berkata terdapat dua arahan mahkamah yang bercanggah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menyatakan sokongan bagi pendirian ketua polis itu dan ditempelak ahli politik, peguam dan warga Internet.

Sistem mahkamah sivil dan mahkamah syariah memang berbeza, kata bekas menteri penasihat undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Inilah keadaan Malaysia selepas PRU13. Banyak yang mengarut.

Ketua polis juga berkelakuan aneh apabila anggota polis tidak menghadiri upacara pengkebumian Karpal Singh pada 20 April.

Namun, Raja Bomoh Sedunia yang membawa kelapa bagi merungkai Misteri MH370 mungkin calon April fool ulung kita.

Dia beraksi lagi di lokasi kemalangan kenderaan Karpal di Gua Tempurung di Lebuhraya Utara-Selatan.

“Saya terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa,” kata Dyana Sofya Daud, setiausaha politik Lim Kit Siang.

Terkejut kerana tiada tindakan yang diambil jabatan agama, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal-ehwal Ajaran Islam Datuk Seri Jamil KhirBaharom agaknya.

Tan Jooi Long merupakan bekas pengarang BERNAMA yang pernah menerajui agensi berita AS berpengkalan di Asia Pasifik. Dia menulis di akaun Twitter.

Tan Jooi Long

No comments:

Post a Comment