اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, April 28, 2014

Siapa 9 Individu Disyaki Militan Ditahan?

 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Gambar hiasan  

PETALING JAYA: Cawangan Khas (Bahagian Anti Pengganas) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti militan di negara ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataannya berkata, , kesemua mereka yang ditangkap di beberapa lokasi yang berasingan iaitu di Kedah dan Selangor, dalam lingkungan umur di antara 22 hingga 55 tahun.

"Kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas di dalam dan di luar negara.
"Mereka turut disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang beroperasi di luar negara," katanya.

Tambahnya, sebahagian daripada individu yang ditahan dikesan telah menjalani perjumpaan sulit bagi memantapkan ideologi militan, mengumpul dana dan latihan ala ketenteraan sebagai persiapan untuk melakukan keganasan.

Mereka ini ditahan kerana melakukan kesalahan dibawah VIA kesalahan berkaitan dengan keganasan, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) dan kesemuanya disiasat mengikut prosedur dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Akta 747). (mStar)

No comments:

Post a Comment