اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 6, 2014

Malaysia terburu-buru buat perjanjian perdagangan bebas

 

Ekonomi terbuka bakal memusnahkan ekonomi negara kerana syarikat tempatan tidak mampu bersaing, kata Mapim.

TPPA NEWPETALING JAYA: Makaysia terburu-buru mengadakan perjanjian perdagangan  bebas dengan negara maju lain sedangkan ia tahu akan menyebabkan rakyat semakin sukar kerana ketidakmampuan negara bersaing, kata pengerusi majlis perunding ekonomi Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
“Malaysia tidak boleh dan tidak mampu bersaing dengan Amerika (Syarikat) dan negara-negara maju lain, tetapi tetap menandatangani perjanjian dengan negara-negara itu.

“Malaysia cuba buat perjanjian bilateral tetapi keupayaan terbatas,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Malaysia dalam proses akhir untuk menandatangani TPPA meskipun mendapat bantahan besar dari pelbagai golongan.
Kata Mohd Azmi, ekonomi terbuka ini bakal memusnahkan ekonomi negara kerana syarikat-syarikat tempatan tidak mampu bersaing dengan gergasi luar.
“Jangan ghairah untuk global, tetapi sebaliknya bertindak mengikut kesesuaian dan keperluan…kita tidak perlu bersaing mengikut pasaran bebas tetapi berdasarkan pertumbuhan eknomi negara,” katanya lagi.

Perdagangan bebas akan membolehkan mana-mana negara membuka pintu perdagangan secara terbuka kepada syarikat luar untuk berniaga.
Mohd Azmi menambah, apabila pasaran bebas dilaksanakan sepenuhnya pasti akan berlaku lambakan barangan di pasaran tempatan ekoran kemasukan besar-besaran dari negara luar.
“Lambakan barangan dengan harga yang murah pasti menyukarkan produk tempatan bersaing dengan mereka,” tambah beliau lagi.


No comments:

Post a Comment