اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 6, 2014

Dilema Malaysia dilema semua, kata Nurul Izzah

 

Tidak mustahil jika di kemudian hari, akan ada disebut mengenai ‘dilema India’, ‘dilema Jawa’, ‘dilema Bugis’, ‘dilema Mendeling’ di mana kesemuanya dirangkakan atas dasar perkauman. 

Nurul Izzah
PETALING JAYA: Tidak patut untuk berhujah secara sinis dan umum tanpa membahaskan sesuatu masalah atau perkara pokok dengan menutup kebenaran, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Malah, membuat pernyataan secara fitnah dan membuat pertuduhan terhadap seseorang atau kaum sebagai punca sesuatu masalah dengan tidak ada rasa takut bermain api dan sentimen emosi adalah tidak bertanggungjawab.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada zaman penjajahan British ke Tanah Melayu, sering terdengar teriakan wujud ‘dilema Melayu’ yang menggariskan ‘masalah besar’ bangsa Melayu yang perlu memilih antara dasar Ketuanan Bangsa atau Ketuanan Perlembagaan.

“Kini, selepas lebih 43 tahun kita merdeka, tetapi kini kita masih dihantui dilema ini yang tidak pernah dapat diselesaikan kerana ia bertujuan menggariskan punca ‘masalah’ sebenar iaitu rasuah, salah guna kuasa dan kronisme, tetapi sebaliknya digunakan untuk ‘menakutkan’ dan ‘memenjarakan’ bangsa agar ‘berjuang’ serta ‘mengundi’ untuk kepentingan golongan elit yang berkuasa atas alasan perkauman,” ujar Nurul Izzah di dalam bukunya yang berjudul “Masa Depan Masa Kita” yang baru sahaja dilancarkan pada 28 Mac lalu.

Jelasnya lagi, selepas Plihan Raya Umum 13 (PRU13), rakyat diminta sekali lagi untuk membuat pilihan apabila diunjurkan kewujudan ‘dilema Cina’ yang dikatakan bangsa Cina perlu memilih antara membolot atau mengongsi kuasa politik dengan bangsa lain.

Jika ini menjadi satu trend, maka tidak mustahil jika di kemudian hari, akan ada disebut mengenai ‘dilema India’, ‘dilema Jawa’, ‘dilema Bugis’, ‘dilema Mendeling’ di mana kesemuanya dirangkakan atas dasar perkauman.

Tambah Izzah lagi, sepatutnya kita mesti merangka semula dan memperluaskan istilah dilema menjangkau isu perkauman kepada dilemma politik, ekonomi, jenayah, pendidikan dan rasuah.

Bukan itu sahaja, bila disebut wujud ‘dilema politik’, keputusannya dapat dilihat pada PRU13 yang lepas.

“Pilihan majoriti 51 peratus rakyat untuk Pakatan Rakyat berbanding 47 peratus untuk Barisan Nasional yang membentuk kerajaan minoriti, nyata menimbulkan ‘demokrasi songsang’,” tambah Izzah lagi.

Demokrasi songsang

Demokrasi songsang ini menafikan aspirasi majoriti rakyat untuk menikmati penurunan harga minyak, pendidikan percuma, dasar gaji minimum sebenar, pembinaan rumah mampu milik, penurunan harga kereta dan banyak lagi.

Katanya, ‘dilema ekonomi’ atau lebih tepat lagi ‘dilema jurang kemiskinan’ yang indeks GINI yang mengukur jurang pendapatan masih melebar pada dasar 0.46 tertinggi di Asia pula adalah akibat dasar-dasar ekonomi yang telah disalah urus dan disempitkan pelaksanaan hanya untuk golongan elit.

“Bayangkan setelah 56 tahun merdeka, Melayu majoriti masih miskin dengan lebih 80 peratus penduduk luar bandar berpendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan.

“Soalnya mengapa sebuah negara yang kaya sumber setelah lebih 50 tahun membangun masih ‘miskin’?” soalnya.

Jelas Izzah, hal ini adalah kerana ‘dilema jurang kemiskinan’ yang mana ekonomi kita masih dijajah oleh puak melalui ‘dilema rasuah’ dengan penswastaan terpilih, pembelian aset kerajaan, pemberian konsesi tol lebuh raya, konsesi penjanaan elektrik, konsesi bekalan air, komisen tender, pengambilan tanah rezab Melayu termasuk isu aliran wang haram.

“Kalau itu tidak cukup,bagaimana pula dengan ‘dilema pendidikan’ yang dihadapi rakyat dengan anak-anak kita dijadikan bahan kaji uji dasar-dasar pendidikan yang sering bertukar musim, yang masih lagi dalam bentuk “blueprint” dengan laporan-laporan institusi serta pakar dunia disimpan jauh dari mata rakyat.

“Tetapi apabila pendidikan dipolitikkan, prestasi antarabangsa merudum lebih rendah dari Khazakstan untuk matematik atau Thailand untuk sains dan ramai juga lepasan universiti menganggur walaupun lebih 4.5 peratus KDNK dibelanjakan untuk pendidikan hanya menimbulkan tanggapan bahawa ketirisan serta kepincangan hasil pendidikan  jika tidak diatasi akan menjadikan ‘dilema pendidikan’ dilema terbesar oleh negara,” jelasnya.

Izzah turut mengajak, untuk bersama-sama menghentikan dilema perkauman, sebaliknya berdilema ikut isu-isu seperti demokrasi, ekonomi, rasuah, jenayah dan pendidikan yang sewajarnya dilihat sebagai satu ‘dilema Malaysia’ yang dikongsi dan mesti diatasi bersama.

No comments:

Post a Comment