اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 6, 2014

Rakyat Nasihatkan Rosmah Dan Najib Balik Ke Pangkal Jalan.

 


Dalam beberapa portal berita ada menerbitkan artikel bahawa Rosmah meminta Syed Saifullah kembali ke pangkal jalan. Ini susulan dari tindakan Syed (ataupun mungkin hacker) yang upload satu gambar yang kononnya Rosmah Mansur, telah meninggal dunia.

Antara yang Rosmah sebut ;

"Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."

Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara.

"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya.

Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah, mendakwa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.

Suspek yang berumur 25 tahunditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspekdi Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Rujukan : sini

Nasihat tadi tue Rosmah tujukan buat Syed Saifullah.

Yang neh pula nasihat dari aku sebagai salah seorang rakyat kat negara ini. Aku tujukan khas untuk Rosmah dan Najib.

Aku nasihatkan Rosmah dan Najib agar kembali ke jalan yang betul. Jalan yang betul pada aku tak semestinya ia pangkal jalan, ataupun jalan yang lurus, ia sekadar jalan yang betul. Bila dia betul, dia betul tak kira la jalan tue bengkok2 ke petak2 ke segi empat2 ke janji ia jalan yang betul.

Aku nasihatkan Rosmah dan Najib ;

Jangan gunakan ISLAM untuk menipu umat.

Jangan memperdayakan umat dengan yahananan apa semua lepas tue sambung balik buat kerja2 yang menyusahkan rakyat.

Jangan buat2 muka innocent tunjuk baik, tunjuk alim, tunjuk solat sana sini, tunjuk pergi haji, tunjuk macam2 atas nama agama untuk melonggarkan keyakinan rakyat bahawa korang tue sebenarnya jahat. Jangan buat pemikiran dan pendirian rakyat jadi SHAKY disebabkan lakonan2 korang atas nama agama.

Jangan menggunakan hujah2 agama untuk menghalalkan kegiatan2 korang yang jahat dan yang menzalimi rakyat.

Jangan berlakon jadi alim dan menggunakan islam sebagai topeng supaya rakyat jadi keliru dengan perwatakkan sebenar korang.

Jangan melaksanakan polisi2 yang berat sebelah yang mana merugikan rakyat.

Jangan mengamalkan keadilan terpilih. Orang2 kaya, geng2 sendiri bila buat salah, tutup, cover, dakwa main2 macam acuh tak acuh, bila geng2 lawan huha2 satu dunia macam itula dosa paling besar dan jahat di dunia.

Jangan mengamalkan diskriminasi dalam mengagihkan bantuan. Jangan mengamalkan diskriminasi dalam mengagihkan projek dan tender kerajaan. Jangan mengamalkan diskriminasi dalam mengagihkan pinjaman dan sebagainya.

Jangan melebihkan kroni yang tak boleh buat kerja. Jangan pilih kasih. Sebaliknya nilai la ikut merit dan kelayakkan.

Jangan melaksanakan membazirkan duit rakyat ke atas perkara yang sepatutnya. Konsert kpop la apa la itu semua tak perlu. Utamakan la benda2 yang penting macam pendidikan, kesihatan, pengangkutan, perumahan dan juga pembangunan.

Jangan buat projek2 yang takde matlamat yang jelas. Contoh macam PBS. Nak buat satu2 penambahbaikkan perlu ambik kira pendapat semua pihak dan selepas itu barula boleh dilaksanakan supaya ia tak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

Jangan amal kronisme dalam melantikkan pegawai2 untuk berkhidmat dalam kerajaan. Adik, abang, kakak sampai 10 keturunan bekerja dengan kerajaan. Apahal pula?

Jangan lepas tangan bila kakitangan2 atasan dan bawahan didapati tidak telus dalam menjalankan tugas.

Jangan kawal SPRM, PDRM, institusi kehakiman, media2 arus perdana, agensi pendidikan. Disebabkan kawalan merapu macam neh la ramai rakyat di negara neh tak mampu meraikan kepelbagaian. Cakap sikit, kafir. Cakap sikit kang, hina Islam. Cakap sikit kang, murtad pula dah. Ini semua disebabkan kerajaan kita telah menyemak masuk ke dalam urusan privacy kita sampaikan kita takde ruang langsung untuk berfikir sesuatu yang berbeza dari kebiasaan. Contohnya, sebagai umat manusia, kita tak semestinya perlu condong kepada monarki. Tetapi kenapa bila kita tak condong kepada monarki kita jadi seorang pesalah pula kat negara neh? Nampak tak macam mana teruknya mereka kawal minda dan pemikiran kita?

Jangan discriminate agama orang lain dan tolong belajar cakap serupa bikin.

Jangan sembang kencang bab islam tapi setiap tindakan2 korang berlawanan dari apa yang disampaikan melalui pengucapan mulut.

Jangan menghukum rakyat biasa yang bersuara walaupun suara2 mereka tak sama sepertimana yang korang fikirkan.

Jangan salah gunakan pegawai kerajaan, wang pembayar cukai untuk urusan peribadi dan kepentingan diri sendiri.

Jangan gunakan pesawat kerajaan untuk urusan peribadi.

Jangan suruh rakyat berjimat cermat sedangkan korang pun tak amalkan perbelanjaan yang berhemah.

Jangan potong subsidi rakyat sedangkan terdapat banyak lagi cara yang lebih pratikal untuk selesaikan masalah kewangan negara.

Jangan tutup skandal2 penyelewengan dalam agensi kerajaan yang membabitkan kakitangan kerajaan dan menteri2 kita atas alasan nak tolong kawan2 dan subahat semua.

Jangan laksanakan projek2 mee segera sebab nak amek keuntungan atas angin.

Jangan tumpukan perhatian atas isu remeh temeh macam kalimah Allah dan hudud selagi mana masalah2 depan mata neh korang tak reti nak selesaikan dengan cekap.

Jangan teruskan kejahatan, kezaliman, penganiayaan dan penindasan korang ke atas rakyat tak kira la kami neh bangsa apa ataupun agama apa sekalipun. Selagi mana kami hidup ikut peraturan, maka jangan kacau hak kami sebab rakyat pun takde masa nak menyemak urusan menteri2 dan pemimpin2 negara selagi mana mereka buat kerja dengan amanah dan betul.

Tolong, mama Rosmah dan Najib. Ada banyak JANGAN kat sini. Tolong JANGAN tak buat apa2.

Bai. 

No comments:

Post a Comment