اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 6, 2014

Tentang hudud kerana tanggungjawab kata MCA..!!

 


Pemuda MCA menangkis dakwaan pertubuhan pendesak Melayu PERKASA bahawa parti itu cuba mencampuri hal ehwal agama Islam melalui tentangannya ke atas usaha kerajaan Kelantan untuk mendapatkan perisytiharan Parlimen untuk melaksana hudud.

Ketua biro guaman Pemuda MCA Eric Choo Wei Sern dalam kenyataannya menyebut bahawa pendirian itu dibuat dengan berpandukan undang-undang.

“Tambahannya, pentadbiran PAS sememangnya mempunyai (pernah) melaksanakan kaedah agama Islam ke atas rakyat Malaysia yang bukannya beragama Islam.

“Oleh yang demikian, ia adalah tanggungjawab dan kewajipan MCA untuk membantah dan menghalang segala percubaan oleh pentadbiran PAS yang boleh menjejaskan keamanan, kedamaian dan keharmonian negara ini,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menjelaskan bahawa MCA tidak berdiam diri dalam isu kalimah Allah, seperti didakwa PERKASA.

Malah, MCA bertindak lebih proaktif dengan menghantar peguam pemerhati semasa kes penggunaan kalimah Allah itu berlarutan di mahkamah.

Beliau yang memulangkan paku buah keras kepada PERKASA berkata, langkah itu berbeza dengan tindakan mengadakan perhimpunan di luar bangunan mahkamah semata-mata.

“Ini menunjukkan keikhlasan dan kegigihan MCA untuk mencari penyelesaian isu ini berlandaskan undang-undang dan sistem kehakiman negara ini berbanding pihak seperti PERKASA yang telah berdemonstrasi di hadapan Mahkamah Persekutuan pada perbicaraan kes tersebut.”

PERKASA dalam kenyataan pada hari Jumaat mengecam MCA yang mendesak kerajaan PAS Kelantan supaya tidak membawa usul Rang Undang-undang Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 ke Parlimen.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam NGO tersebut,  Shamsuddin berkata, tindakan itu malah menunjukkan pendirian berat sebelah MCA kerana pemimpin parti itu hanya berdiam diri ketika gereja Katolik mencabar Islam berhubung penggunaan kalimah Allah.

Tegasnya, PERKASA akan mempertahankan kerajaan negeri dan menyeru semua Ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti memberi sokongan apabila usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Selain MCA, DAP juga menyatakan pendirian untuk menentang usul berkenaan sekiranya dikemukakan di Parlimen.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada 3 April lalu dilaporkan menyebut bahawa kerajaan negeri melalui MP PAS akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Menurut Ahmad, keputusan itu dibuat susulan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan undang-undang Islam itu.


No comments:

Post a Comment