Utusan Malaysia: Tidak mustahil kehilangan MH370 berkait dengan CIA
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini tidak menolak kemungkinan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac itu angkara Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).
Penolong Pengarangnya, Ku Seman Ku Hussein berkata jika serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh CIA, maka tidak mustahil kehilangan pesawat MH370 itu juga dapat dikaitkan dengan agensi risikan itu.
“Marilah kita berfikir di luar kotak mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China?
“Konspirasi peringkat tertinggi melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baru. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan dibentangkan. Banyak pihak menerima hakikat 11 September adalah rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq,” katanya menerusi akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.
Misi pencarian MH370 hari ini memasuki hari ke-29 dan semalam kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
Agensi berita China, Xinhua, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.
Ku Seman berkata Malaysia perlu menaruh rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya, bertujuan mengeruhkan hubungan dua hala dengan negara China.
Katanya, konspirasi 11 September yang dianggap karut kini menjadi satu fakta dan pihak berkuasa perlu melihatnya daripada perspektif berbeza.
“CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugat hubungan Malaysia - China.
“Tidak semua pandangan yang dianggap karut hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.” katanya.
Mengambil contoh insiden 11 September, Ku Seman mempersoalkan bagaimana CNN berjaya merakam WTC runtuh dalam tempoh beberapa saat.
Katanya, dalam satu undian menjelang Pilihan Raya AS 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh George W Bush dan peringkat tertinggi CIA.
“CNN antara alat perang psikologi bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot daripada pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat?
Serangan itu berlaku dalam masa "hanya beberapa saat", tetapi CNN sempat merakamkannya daripada pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.
Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu serangan itu akan berlaku?” katanya. – TMI
ULASAN GB
Apa yang Penolong Pengarang Utusan Malaysia itu tidak sentuh ialah mengenai tragedi 911 telah dijadikan sandaran dan bahan Amerika untuk menyerang Afghanistan kerana yang membawa pesawat itu terdiri dari pengganas Islam Afghanistan dalam misi berani mati.
Apa kurangnya dengan tragedi MH370 apabila ada pemimpin di negara ini yang melemparkan tuduhan (samada didiktasikan oleh Amerika atau tidak), kononnya pesawat MH370 hilang kerana juruterbangnya telah merampas pesawat berkenaan dan membawanya ke ke satu arah yang tidak diketahui di dalam misi bunuh diri (berani mati)! Bukankah suara pemimpin BN itu menyerupai alasan yang diberikan oleh Amerika terhadap tragedi 911? Hal ini tak disebut oleh Utusan.
9 comments:
View Comments/Post a Comment
9 comments:
Salam kenal sebelumnya,Sebenarnya pemerintah Malayasia sudah tahu seperti apa perannya(lakonnnya),dalam mengikuti skenario yang dibuat Barat,demikian pula dengan singapor(yang banyak diam seribu bahasa).Kita semuapun tahu Malaysia juga anggota FPDA,demikian juga singapor,FPDA ini merupakan perpanjangan(kakitangan)NATO diKawasan ini.Jadi haruslah mengikuti apa2 yang jadi kepentingan Nato dikawasan ini,walaupun harus mengorbankan 239 manusia yang tak mengerti apa2.
Masih ingat peristiwa 9/11,WTC,,ribuan nyawa manusia tak berdosapun mahu mereka korbankan. terima kasih.