Jawapan bertulis oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
kepada MP Pandan Rafizi Ramli seolah-olah mengesahkan indentiti penulis
blog prokerajaan Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Rafizi membangkitkan perkara itu dengan membandingkan jawapan di Parlimen itu dengan laporan dan gambar Papagomo yang disebar meluas melalui blog Umno.

Menurutnya lagi, jawapan Hishammuddin itu sekali gus mengesahkan tarikh
dan tujuan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris menaiki kapal
selam Scorpene di Langkawi pada 2011.
"Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menaiki kapal Scorepene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.
"Beliau bersama wakil-wakil media menaiki kapal selam Scorpene tersebut bagi tujuan perkongsian maklumat," jawapan Hishammuddin dipetik.
Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo.
"Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris.
"Semasa memberi keterangan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.
"Jawapan menteri pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah," kata Rafizi yang juga pengarah strategi PKR.
Rafizi juga mengingatkan, menjadi kesalahan bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan apabila memberi keterangan palsu kepada mahkamah dan boleh dihukum penjara tujuh tahun serta kesalahan yang boleh ditahan.
Sehubungan itu, Rafizi dan peguam N Surendran akan membuat laporan polis pada Wan Muhammad Azri itu bawah seksyen itu pada 8 April depan supaya tindakan diambil terhadapnya.
"Saya ingin melihat sama ada polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta bawah seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papagomo," katanya.
Rafizi juga berkata beliau akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri yang didakwanya memfitnah dalam blog bahawa beliau dipecat dari Petronas kerana pecah amanah. ~mk

No comments:
Post a Comment