اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 3, 2014

PANAS! KES CULIK APA ESSCOM BUAT....MP BENTANG USUL TERGEMPAR DI PARLIMEN

 


Kes culik di resort: Ahli Parlimen Sabah bentang usul tergempar

Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat petang ini susulan penculikan dua wanita dari China dan Filipina dari sebuah resort di Semporna malam tadi.

Ahli Parlimen Sandakan daripada DAP, Stephen Wong Tien Fatt, berkata langkah ini adalah perlu kerana ia melibatkan kepentingan awam.

"Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku. Saya terkejut kerana Esscom gagal menjalankan tugasnya untuk menjaga keselamatan di Sabah khasnya di bahagian timur Sabah," katanya merujuk kepada Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) yang meliputi kawasan seluas 1,400 km di pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Ia diwujudkan Mac tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas pencerobohan Lahad Datu oleh militan Sulu sebulan sebelum itu.

Mangsa terakhir ini dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China. Seorang lagi adalah pekerja Filipina yang belum dikenal pasti. Mereka dibawa lari dari Singamata Reef Resort.

Kejadian terbaru ini selepas insiden seumpama berlaku tahun lalu: dua kes membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.

Stephen berkata, Sabah menerima ramai kunjungan warga asing, dan ini menjelaskan mengapa Esscom tidak berkesan.

Rakan partinya, Jommy Wong Sze Phin (DAP-Sabah) berkata, Sabah amat bergantung kepada industry pelancongan dan kejadian seperti ini sudah tentu memberi kesan kepada pendapatan negeri Borneo itu.

“Secara tidak langsungnya, industry pelancongan negara kita turut diculik akibat kejadian ini,” katanya dan menambah beliau berharap ahli Parlimen BN akan menyokong usul itu.

Beliau juga mempersoalkan waktu maklum balas polis, mengatakan jarak balai polis dengan pusat peranginan itu hanya 10 minit dengan menaiki bot, tetapi pasukan itu mengambil masa lebih sejam untuk tiba di tempat kejadian.

Dalam mempersoalkan kredibiliti Esscom, dua ahli Parlimen itu mahu Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mantek mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan meletak jawatan kerana kegagalannya mengekalkan keselamatan di Sabah.

“Kami percaya ada kemungkinan lelaki bersenjata itu mungkin pendatang tanpa izin yang dibenarkan tinggal di Sabah selama berdekad lamanya. Sebab itu, kita tidak perasan kehadiran mereka.

“Kemungkinan wujud pembabitan pendatang tanpa izin dalam kes ini perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa,” kata mereka. Susulan daripada insiden terbaru itu, mereka mendesak kerajaan mengeluarkan semula kad pengenalan kepada semua rakyat Sabah.

“Kita mahu kerajaan persekutuan bertindak dan melakukan perkara yang betul iaitu memperbaharui semua kad pengenalan kerana ada warga asing memegang MyKad dan agak sukar membezakan antara mereka dengan rakyat tempatan,” kata Jimmy dan menambah laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin juga perlu dikeluarkan secepat mungkin.


Penculikan di Sabah sukarkan lagi hubungan Malaysia-China, kata laman berita

Penculikan dua wanita, termasuk seorang pelancong berumur 29 tahun dari Shanghai, di sebuah resort dekat Semporna, Sabah bakal menyukarkan hubungan antara Malaysia dengan China dan juga mengurangkan kedatangan pelancong ke negara ini, lapor sebuah laman berita.

Kejadian berlaku ketika China dan Malaysia, yang selama ini mempunyai hubungan yang panjang, cuba memperbaiki hubungan yang rosak teruk akibat kehilangan pesawat Penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, lapor laman berita Quartz.

Walaupun duta China ke Malaysia memberi jaminan semalam bahawa hubungan antara dua negara terus kukuh, dan menyalahkan media barat kerana mempermainkan isu MH370, reaksi marah dari rakyat China dan media di Beijing ke atas kehilangan pesawat itu menyebabkan ramai yang memerhatikan hubungan kedua-dua negara.

Penculikan rakyat China dan Filipina juga dijangka akan mengganggu industri pelancongan di Malaysia yang sudah kehilangan ramai pelancong akibat tindakan agensi pelancongan dan pelancong China kerana kelemahan dalam penyiasatan MH370.

Penculikan terkini itu tersebar bagaikan api dalam laman sosial China, Sina Weibo, di mana gambar yang dikatakan kejadian itu disebarkan.

"Mengapa pergi ke sana?" tanya seorang pelawat China dalam laman itu. "Hidup gembira, jauhkan Malaysia," kata seorang lagi.

No comments:

Post a Comment