MALAM tadi (02/4/14) bertempat di Cenderawasih, Kuantan, aku sempat
menghadiri program Ceramah Anjuran PAS Indera Mahkota Kuantan sempena
dengan kutipan dana Kompleks PAS Pahang.
Penceramah utama malam tadi
adalah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Dato'
Tuan Ibrahim Tuan Man.
Us Dato' Tuan Ibrahim sedang berucap |
Seperti biasa di dalam ceramah beliau banyak pengisian tentang
perjuangan Islam terutamanya di dalam kaedah berpolitik.
Tetapi apa
yang menarik perhatian malam tadi, beliau turut menceritakan tentang
kezaliman yang berlaku terhadap DS Anwar Ibrahim.
Kezaliman yang
dilakukan oleh rejim itu tidak pernah putus dan tidak pelik katanya
negara kita sering dilanda dengan berbagai masalah.
Mungkin peristiwa
yang berlaku terhadap DS Anwar ada yang beranggapan tiada kena mengena
dengan kesukaran dan bencana yang berlaku kepada negara sekarang, namun
sebagai umat Islam kita harus melihat kepada apa yang Allah janjikan
kepada pemerintah yang zalim.
Bersama Adun Beserah, YB Andansura dan Adun Semambu, YB Lee Chean Chung |
Sebab itulah aku sejak dulu sentiasa menyokong perjuangan Us Tuan
Ibrahim Tuan Man, bukan kerana dia membela DS Anwar tetapi beliau amat
sensitif dengan kezaliman yang berlaku terhadap sesiapa sekalipun.
Sewaktu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PAS, ada rakan-rakan
memberitahu aku mengapa aku mempromosikan sokongan kepada Us Tuan
Ibrahim kerana beliau dianggap golongan Ulamak.
Bagi rakan aku itu,
golongan Ulamak di dalam PAS lazimnya tidak begitu suka kepada DS Anwar.
Aku katakan pada mereka, golongan yang anti dengan Anwar di dalam PAS
hanyalah kumpulan "UG" yang bagi aku hanya tinggal beberapa kerat
sahaja.
Us Tuan Ibrahim bukan UG, bukan Anwarisme mahu pun kumpulan
Erdogan di dalam PAS. Pemikiran Us Tuan Ibrahim sama seperti Mursyidul
Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang bijak menilai apa itu "Tahalluf
Siyasi".
Menyokong perjuangan Anwar bukan bermakna menggadai prinsip
dan dasar PAS kerana Anwar sepanjang mengetuai PR tidak pernah mengusik
jauh sekali mengganggu gugat prinsip dan dasar PAS.
Apa yang berbeza cuma pendekatan yang ingin dibawa oleh Anwar adakalanya
tidak dipersetujui oleh PAS. Itu lumrah di dalam PR dan tidak kesemua
tindakan PAS juga digemari oleh Anwar mahupun pemimpin PR yang lain.
Namun kesemuanya ditangani dengan amat bijak sekali sehinggakan Umno/Bn
seperti hilang punca untuk memisahkan PAS dan PKR, terutamanya Anwar.
Anwar perlukan PAS untuk memperkuatkan PR yang diterajuinya, begitu juga
sebaliknya PAS perlukan Anwar untuk memperluaskan pengaruh PAS.
Di
dalam ceramah Us Tuan Ibrahim malam tadi, ternyata komitmen beliau
terhadap menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim terhadap Anwar
yang telah dihukum 5 tahun penjara.
Rakyat harus bangkit menentang
kezaliman ini kerana jika dibiarkan kezaliman berleluasa, bukan yang
berdosa sahaja yang akan menerima bala bencana Allah malahan seluruhnya
akan merasai sama kerana kegagalan kita menentang kezaliman.
Difahamkan pada Program Reformasi 2.0 peringkat Negeri Pahang yang akan
diadakan pada 12 April 2014 (Sabtu) di Padang Kemunting, Kuantan nanti,
Us Tuan Ibrahim akan hadir sebagai tanda sokongan kepada perjuangan
Reformasi.
Janganlah ada di antara kita sentiasa bersangka bahawa ini
semua hanya untuk peribadi Anwar.
Anwar terlalu banyak berkorban untuk
kita semua dan beliau kini telah bersedia untuk masuk ke kandang besi
semula. Namun, apakah kita hanya sekadar memerhati atau kita gembira
dengan berita ini?
No comments:
Post a Comment