اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 3, 2014

Taklimat MH370: Shahidan tidak perlu beri alasan

 

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim tidak perlu memberi alasan lagi untuk mengelak mengadakan taklimat MH370 kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Petang semalam Pakatan Rakyat telah menulis nota kepada Shahidan bagi mengatur satu taklimat berhubung kehilangan pesawat MAS itu.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke telah menyerahkan nota makluman berkenaan di pejabat Shahidan sendiri sekitar jam 4 petang semalam.

"Sebelum ini pihak kerajaan dan Datuk Seri Shahidan mengatakan kami tidak menulis nota maka taklimat tidak dapat diakukan.

"Dengan surat (nota) ini kita harap tiada lagi alasan daripada pihak kerajaan," katanya di Lobi Parlimen.

Nota berkenaan mencadangkan taklimat itu dibuat pada Selasa hadapan, jam 8.30 malam di Bilik Taklimat Bangunan Parlimen.

Pakatan Rakyat berharap menteri berkenaan dapat mengatur taklimat ini yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Jika ada sebarang perubahan diharapkan dapat dimaklumkan secepat mungkin," katanya lagi.

Sebelum ini, Hishammuddin dalam satu memo telah menjemput Ahli Parlimen BN mengikuti taklimat MH370 yang diadakan di luar bangunan Parlimen.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati kerana mereka tidak dilibatkan bersama dalam taklimat itu dengan menegaskan isu MH370 perlu ditangani tanpa sempadan politik dan menegaskan taklimat itu perlu juga diberikan kepada mereka.

Jadual taklimat  untuk Pakatan Rakyat disyorkan oleh Shahidan pada Selasa kelmarin bagaimanapun pada hari itu Hishammuddin telah bertolak ke Hawaii.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengulangi desakan supaya Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) ditubuhkan secepat mungkin sebelum sidang Dewan Rakyat ditangguhkan minggu depan.

Ini kerana kehilangan pesawat berkenaan sudah masuk hari ke-27 apatah lagi bateri kotak hitam yang hampir tamat tempoh sekaligus tidak dapat mencari punca kehilangan pesawat itu.


No comments:

Post a Comment