PETALING JAYA: Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah sepatutnya telah
disingkirkan daripada menjadi Ketua Pasukan Pendakwaan kes Datuk Seri
Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sebaik sahaja Jabatan
Peguam Negara memutuskan untuk mengeluarkan perintah untuk menyiasat
(OTI) pada 3 Januari lalu.
Menurut bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, Shafee boleh
dianggap sebagai berada dalam siasatan polis kerana disyakki telah
membuat kenyataan palsu dalam affidavit yang beliau ikrarkan, semenjak 3
Januari 2014 iaitu tarikh OTI dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.
“Saya berharap Dato Seri akan memberi pertimbangan
yang segera dalam perkara ini bagi membolehkan penyiasatan sepenuhnya
dapat diselesaikan sebelum prosiding perkara ini dimulakan diperingkat
Mahkamah Persekutuan, demi menjamin keadilan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau sebaliknya,” kata beliau dalam suratnya
kepada Peguam Cara Negara, Datuk Seri Idrus Harun yang di e mailkan hari
ini.
Semalam Mat Zain telah menghadirkan diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD)
Putrajaya, untuk percakapan beliau dirakamkan oleh ASP Irwan Saimi,
bersangkutan dengan kes Shafee.
“ASP Irwan telah menunjukkan kepada saya, OTI yang ditandatangani oleh
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ishak bin Mohd.Yusof , yang secara spesifik
mengarahkan pihak polis, untuk menjalankan siasatan suatu kesalahan d
ibawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan(KK), yang disyakki berlaku dalam
Mahkamah Rayuan Jenayah No.W-05-19-01/2012 bersangkut Precint 7
Rpt.10437/13,iaitu laporan yang saya buat terhadap Shafee pada 15
Disember 2013,” katanya.
Beliau amat terkejut apabila mendapati OTI tersebut sebenarnya telah
dikeluarkan pada 3 Januari 2014 iaitu lebih kurang 4 ½ bulan yang
lalu.Tarikh 3 Januari 2014 itu juga, adalah tarikh Peguam Cara Negara
akui penerimaan surat beliau.
“Persoalannya ialah mengapa siasatan baru dimulakan kelmarin sedangkan
OTI telah dikeluarkan sejak 3 Januari 2014?. Tambahan pula tertuduh
dalam kes ini iaitu, Anwar Ibrahim telahpun disabitkan kesalahannya dan
dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara pada 7 Mac 2014,” katanya.
Katamya lagi, begitu juga dalam hal pengaduan beliau terhadap Shafee.
Jabatan Peguam Negara tidak akan mengeluarkan OTI tersebut pada 3
Januari 2014 itu, melainkan ia telah berpuas hati terdapat asas yang
kukuh untuk berbuat demikian.Lebih-lebih lagi dalam kes membabitkan
Shafee, yang telah dilantik oleh Peguam Negara sebagai TPR, bagi
mengepalai pasukan pendakwaan dalam perkara rayuan terhadap Anwar itu.
“Saya menyatakan bahawa Jabatan Peguam Negara telah dengan sengaja tidak
memaklumkan kepada Mahkamah status Shafee yang berada di dalam siasatan
polis, ketika perbicaraan dijalankan di hadapan Mahkamah Rayuan dan
Persekutuan di antara 3 Januari 2014 sehingga Anwar disabitkan kesalahan
dan dijatuhkan hukuman pada 7 Mac 2014,” ujarnya.
Katanya, sekiranya maklumat mustahak ini didedahkan kepada Mahkamah,
nescaya mereka akan lebih berhati-hati dan teliti apabila memberi
pertimbangan kepada affidavit-affidavit dan hujah bertulis atau lisan
daripada Shafee.
“Malahan, isu kelayakan Shafee dilantik sebagai TPR mengetuai pasukan
pendakwaan dipertikaikan oleh pihak pembelaan.Kemungkinannya besar,
Mahkamah akan meminta pihak polis menyempurnakan siasatan terhadap
Shafee dahulu, sebelum meneruskan prosiding,” dakwanya.
Mat Zain terpaksa menyatakan bahawa ketinggalan oleh Peguam Negara sama
ada secara sengaja atau sebaliknya dalam perkara mendedahkan maklumat
penting kepada Mahkamah ini,dan juga ketinggalan oleh Shafee
sendiri,telah menafikan tertuduh daripada mendapat pendengaran yang adil
dan saksama.
“Saya percaya Dato Seri juga sedar, bahawa menyorokkan sesuatu maklumat
mustahak daripada pengetahuan Mahkamah adalah kesalahan jenayah yang
serius,lebih-lebih lagi akibat perbuatan tersebut itu,Mahkamah
diperdayakan sehingga menyebabkan sesaorang tertuduh disabitkan
kesalahan dan dihukum,” katanya.
Katanya lagi, pendek kata, Peguam Negara telah dengan sengaja membiarkan
Shafee menggunakan afidavit-afidavit beliau dalam prosiding berkenaan
walaupun Jabatan Peguam Negara sedar affidavit-afidavit tersebut
mengandungi kenyataan-kenyataan yang disyakki palsu,malah telah
mengeluarkan OTI untuk aduan berkaitan disiasat.
“Saya turut mencadangkan kes-kes tersebut diklasifikasikan semula
dibawah Seksyen 195 KK dan bukan Seksyen 199 KK memandangkan Shafee
telah menggunakan sepenuhnya affidavit-affidavit dan hujah bertulis dan
lisan beliau dalam prosiding-prosiding berkaitan, dengan mengetahui
mungkin ia akan menyebabkan Anwar disabitkan kesalahan sepertimana
pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh itu,” jelasnya.
Tambahnya lagi, sekiranya Shafee pula disabitkan kesalahan kerana
membuat affidavit-affidavit palsu dan atau memberi keterangan palsu sama
ada menerusi hujah bertulis atau lisan dalam prosiding yang telah
dijalankan itu ,maka beliau hendaklah diseksa sebagaimana tertuduh yang
disabitkan kesalahan itu boleh kena diseksa.
Dalam perkara ini hukuman maksimanya ialah penjara sehingga 20 tahun. ~fmt
No comments:
Post a Comment