Dua pemuda itu yang menaiki motor Yamaha RXZ dengan no plat BJF 30 dan Yamaha BHD 5514 datang dan menghalang laluan pasar malam.
Kedua-dua mereka meninggikan enjin motorsikal tanpa henti.
Salah seorang dari mereka memakai topi berwarna biru dengan logo dan tulisan ‘Barisan Nasional’ menjerit, “Ini kawasan Melayu, tempat Melayu, blah-blah. Balik!
Seorang penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang cuba memenangkan dua samseng tersebut nyaris dipukul.
Keadaan reda seketika selepas sekitar 2 minit, namun mereka berdua dan beberapa orang pemuda berbaju Barisan Nasional datang semula di penghujung pasar.
Mereka sekali lagi memaki hamun dan menjerit, “Orang kata balik, baliklah. Bila nak habis? Ini tempat aku, tempat Melayu!”
Keadaan kecoh dan provokasi melampau samseng BN itu menyebabkan beberapa anggota polis bermotor datang ke tapak pasar malam.
Polis menenangkan samseng tersebut, namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
– Roketkini.com
No comments:
Post a Comment