Negara kita negara koboi
atau ada keluhuran dan kedaulatan undang?
Apa
kena dengan pemimpin negara ini? Sejak bila dewan undangan negeri boleh
diserang oleh orang awam, masuk kedalam dewan dan bikin kacau? Hanya kerana
apa? Kerana perkataan celaka dugunakan? Maruah Melayu jatuh?
Jika
penyokong PAS, PKR dan DAP masuk kedalam dewan undangan negeri dan bikin apa
yang gerombolan penyokong UMNO lakukan di DUN Pulau Pinang bagaimana? Pasti tindakan
tersebut akan mendapat tindakan reaksi yang ganas dan polis akan bertindak
segera.
Saya
terkejut mendengar menteri Khairy Jamaludin menyatakan dia faham mengapa
tindakan itu dilakukan. Dia salah dan membohong, kerana kalau dia faham, dia harus menggesa pihak polis dan
pendakwa raya mengambil tindakan dibawah undang2. Tidak ada pilihan lain dan
alasan lain.
Dimana
pihak keselamatan? Pihak polis kena kenal pasti mereka ini dan tangkap mereka
masuk lokap. Kalau mereka ini dari kalangan pemuda UMNO, tindakan undang2 yang
sama juga kena diambil. Pemuda atau tidak, mereka bukan mengatasi undang2.
Demokrasi akan runtuh jika anarki dibiarkan berluasa.
Maruah apa yang sangat terluka?
Apa
maruah Melayu yang mahu dipertahankan? Maruah orang Melayu telah lama jatuh dan
tidak terbela sejak BN memerintah Pulau Pinang. Apa GERAKAN lakukan kepada
orang Melayu pulau Pinang dan apa pemimpin UMNO lakukan untuk membela orang
Melayu selama itu?
Ekspresi dan langkah orang
yang sangat tertekan fikiran.
Ternyata
ini ekspresi dan langkah orang yang fikiran
mereka sangat tertekan mengenangkan UMNO sudah ditolak oleh masyarakat. Ini
langkah orang yang tertekan fikiran yang
sedar bahawa 52% rakyat menolak mereka. Masyarakat kita akan menjadi masyarakat
yang tidak berundang undang jika perkara begini dibiarkan. Thugs cannot be
allowed to intimidate rakyat.
Yang matang dan yang
kebudakan.
Kita
boleh lihat betapa besar beza nya reaksi dari orang matang politik dengan
reaksi budak2 hingusan yang bernafsu besar tapi akal pendek. Bila DAP
mencalunkan Dyana Daud untuk parlimen Teluk Intan- budak2 UMNO yang baru dapat
jawatan bukan main lagi; ada yang mencabar Dyana sama ada dia berani mendesak
agar MCA menutup UTAR. Ada yang kata
budak Melayu ini pembelot and pengkhianat dan ada yang kata dia tidak
bersyukur.
Di
Teluk Intan, orang Gerakan akan ketawakan gelagat orang UMNO- Melayu UMNO yang
lebih menghentam calun Melayu DAP berbanding gerakan dan MCA. Yang bertanding ialah
Gerakan, tapi yang lebih menghentam calun Melayu ialah UMNO yang mendakwa
mereka menjuarai keduniaan Melayu. Gerakan dan MCA duduk
diam dan ikut cara undang2 manakala
Melayu UMNO berkempen secara samseng. Macam inikah Melayu yang orang
Melayu
hendak letak masa depan mereka dan menaruh harapan menjaga agama bangsa
dan
tanah air? Dan saya lihat Tunku Aziz yang berdendam dengan DAP dan yang
saya tidak pernah dengar bercakap dalam Bahasa Melayu pun tutut
menghentam calun Melayu DAP. Ibrahim Ali, sahabat kepada Yami Samat ibu
calun membenarkan gambarnya dengan Dyana digunakan sebagai bahan kempen?
Inilah kepala ketua PERKASA yang mengakui sahabat kepada Yami Samat
tapi khianat kepada kawan lama.
UMNO parti tua, pemimpin
nya tidak matang.
Bila
anak Melayu masuk parti selain dari UMNO, reaksi orang UMNO macam orang hilang
akal. UMNO parti yang sudah matang tapi bila pemimpin seperti Shahrizat,
Tajudin Ramli atau MP Lenggong mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan
seperti orang kurang siuman, nama baik UMNO yang sudah pun discredited itu lagi
lah jadi jahanam.
UMNO
menunjukkan bahawa parti Melayu itu sudah diambil alih oleh golongan desperado
yang datang keTeluk INtan untuk mengecap
calun DAP Dyana Daud sebagai pengkhianat, belot pada bangsa atau tidak
bersyukur. Ini pilihanraya , bukan pemilihan ketua kampung atau mesyuarat JKKK.
Syukur kepada UMNO?
Mengenai
syukur ini- ustaz mana yang kata kita mesti besyukur kepada manusia? Mana kita
tahu dia tidak besyukur? Seperti ribuan budak Melayu, calun DAP dapat masuk
UITM yang dahulunya diketahui memberi peluang kedua untuk anak Melayu belajar.
UITM dibuat dengan wang pembayar cukai dan bukan duit UMNO. Orang UMNO tidak
ada hak menuntut sesiapa bersyukur dengan memberitahu UMNO terlebih dahulu.
Mestikah kesyukuran kita diperakui UMNO terlebih dahulu?
DEB bukan dasar untuk
melahirkan clone UMNO.
DEB
adalah dasar untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat. DEB
bukan bertujuan melahirkan pengikut buta kepada UMNO. Kejayaan jutaan anak
Melayu hasil DEB mesti diraikan. Tidak pula dimaktubkan bahawa meraikan itu
bererti bersujud pada UMNO. Terima kasih lah kepada kerajaan kerana menjalankan
dasar yang menjadi tanggung jawab mereka. Jangan dimarahi anak Melayu yang
dijayakan oleh DEB tapi enggan tunduk kepada UMNO. Kerana itu bukan sebahagia
dari matlamat DEB pun.
Bertanding di gelanggan
dan tawarkan isu2.
Mari
kita masuk dalam gelanggang plihanraya dan menyampaikan platform parti kita.
DAP sebagai komponen Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat platform nya, UMNO
dan BN lakukanlah perkara yang serupa. Terpulang kepada rakyat menilai kesungguhan
dan keikhlasan kita.
Kita dedah kebobrokan
UMNO.
Kita
tahu dasar UMNO. Kita tahu kesan dasar nya kepada orang Melayu. Biarkan rakyat
yang mengadili kebaikan dan keburukan. Jika UMNO mahu bercakap lebih mengenai
peribadi, maka kita berhak melihat UMNO sebagai parti tukang carut sahaja.
UMNO
bukanlah segala galanya. Bukan nya kiamat kalau UMNO tak jadi kerajaan lagi.
Masa depan orang Melayu yang ada 16 juta itu bergantung kepada adanya sebuah
kerajaan yang memuliakan undang2 dan melaksanakan dasar yang adil dan saksama.
Mana2 kerajaan pun akan ada dasar pendidikan, dasar kewangan, dasar kemajuan
ekonomi, dasar pertanian, industry dsb. Perkara2 ini semua boleh dilakukan oleh
mana2 kerajaan. Bukan UMNO sahaja yang pandai melakukan nya.
UMNO tidak fahamkah orang tidak suka kepada nya?
UMNO tidak fahamkah orang tidak suka kepada nya?
Maka,
sekali lagi saya bertanya- kenapa susah sangat UMNO menerima bahawa hakikat nya
rakyat sudah pun menolak UMNO? Dalam PRU 2013, 52% pengundi tolak UMNO dan BN.
UMNO jadi kerajaan pusat hanya atas2 sebab teknikal. Kerana itu UMNO takut
berdepan dengan rakyat untuk menerangkan dasar2 mereka dan menggunakan kuasa
parlimen dan kuasa undang2 untuk menekan rakyat.
UMNO bodohkan dan takutkan Melayu Teluk Intan.
UMNO bodohkan dan takutkan Melayu Teluk Intan.
Seperti
di tempat lain, orang Melayu Teluk Intan disajikan dengan cerita2 seram.
Mustahil orang kampung belum graduate dari percaya cerita seram, puaka dan
jembalang? Inilah akibatnya suka membaca majalah mestika yang penuh cerita
misteri dan seram- maka terbawa bawa mempercayai cerita seram UMNO. Cerita
seram UMNO- perkauman, agama, raja Melayu.
Orang
kampung jangan lupa, semasa krisis perlembagaan dahulu yang hentam raja Melayu
ialah UMNO, bukan PAS, DAP dan parti pembangkang. Maka yang mengancam kedudukan
raja berpelembagaan ialah UMNO itu sendiri. Baru hari ini, UMNO bermuka muka
menyokong mutlak raja2 Melayu kerana mereka mahu mengudakan institusi raja
melayu melawan dengan pakatan rakyat.
kita harap raja2 Melayu sedar bahawa mereka itu raja kepada seluruh
rakyat, bukai raja kepada warga UMNO sahaja.
Semenjak
merdeka, pendirian kita ialah kita ada institusi raja berpelembagaan. Ertinya,
raja pun kena ikut undang2 dalam negara ini dan tidak boleh buat sesuka
hati.
Orang
Melayu mempunyai hak untuk masuk mana2 parti politik pun yang mereka pilih.
Pilihan mereka jangan dicemuh dan mereka jangan dibenci. Berbuih sumpah seranah
dan maki hamun yang UMNO lemparkan, orang Melayu yang masuk DAP, PKR dan PAS
tetap juga Melayu dan agama mereka Islam. Demikian juga, orang UMNO yang
memilih untuk kekal dalam UMNO-silakan kerana itu hak mereka. Kita tidak ada
masaalah mengenai nya.
No comments:
Post a Comment