اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, May 22, 2014

MCA Kata UMNO Barbarik, Memang UMNO Barbarik!




MCA tuduh Umno barbarik serbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.

Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.

"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan dikrtitik oleh pengundi.

"Bahkan, masih ada pemimpin Umno dan Pemuda Umno masih bertanya mengapa orang Cina tidak menyokong MCA.

"Jika pemimpin Umno masih mahu bertanya kenapa pengundi tidak menyokong BN, mereka harus perhatikan apa yang dibuat oleh ahlinya. Jika Umno mahu kepercayaan pengundi dan menyokong, mereka harus mendisiplinkan dahulu ahlinya," katanya.

BN hilang majoriti dalam dua kali pilihan raya berturut-turut dan yang paling teruk kalah adalah MCA dan Gerakan sedangkan sokongan kepada Umno terus meningkat daripada sokongan pengundi luar bandar.

Tan berkata, Malaysia adalah negara demokratik dan masyarakatnya bertamadun, menyebabkan serbuan ke dewan undangan negeri tidak patut dilakukan.

Katanya, jika ahli Umno tidak berpuas hati dengan kenyataan ahli dewan, masih banyak ruang demokratik dan bertamadun boleh dibuat berbanding dengan perbuatan menyerbu dewan negeri.

Dalam kejadian jam 2.15 petang semalam, kira-kira 60 berjaya memecah masuk pintu pagar automatik dan menyerbu masuk ke dewan undangan negeri di Lebuh Light.

Di dalam dewan mereka menjerit menuntut Adun Seri Delima, R S N Rayer, yang tidak ada dalam dewan pada sesi petang, untuk memohon maaf berikutan kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya sehari sebelum itu.

Dewan sedang berehat ketika mereka memasukinya dan mereka meninggalkan dewan itu kira-kira 10 minit kemudian dengan diiringi keluar oleh unit protokol.

Susulan kejadian itu, polis menahan 12 orang berumur antara 32 hingga 55 tahun. -TMI

ULASAN GB

Takkan MCA baru sedar UMNO itu "barbarik".

Jangan kata mereka bertindak samseng dengan parti politik yang bersaing dengan mereka, dengan pihak keselamatan termasuk polis pun mereka maki hamun.... tetapi yang biasanya kena tindakan ialah anggota PR....

Cuba lihat video ini...









No comments:

Post a Comment