اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, May 22, 2014

Mulut Buih Buat Janji Bodoh!

 

Oiii......ko ingat kat Teluk Intan saja ker Jalur Lebor tak melebor?
Seluruh negaralah ngok!
Kalau Mah menang kat Teluk Intan, hanya Teluk Intan sajakah yang berhak nikmati kepantasan Internet?

Ko tu menteri untuk Teluk Intan atau menteri bagi Rakyat Malaysia?

Bab Jalur Lebar ker, ape ker yang berkaitan dengan kidmat TM ni memang meluat dan sakit hati, tapi apa nak buat mereka dah monopoli, dah tempat kroni bertapak.
Kalau lapor sebarang masalah, tiga hari belum tentu ok. Kalau tak pun tunggulah seminggu atau sepuluh hari!

Undi Mah untuk tambah baik jalur lebar 


Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersedia membantu untuk menambah baik kemudahan jalur lebar di Teluk Intan seperti yang dihasratkan golongan muda di kawasan itu.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu boleh direalisasikan jika kerusi Parlimen Teluk Intan diwakili wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
"Ini adalah cadangan yang baik dan ia hanya boleh dibuat sekiranya calon itu datang daripada kerajaan yang sama dengan kerajaan yang menguasai pihak berkuasa tempatan (PBT), ia lebih memungkinkan (dilaksanakan)," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media kementerian itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Teluk Intan, hari ini.

Shabery diminta mengulas mengenai permintaan golongan muda di kawasan Teluk Intan yang mahukan kemudahan jalur lebar di kawasan itu dipertingkatkan.

Permintaan itu disuarakan melalui Datuk Mah Siew Keong, calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Shabery berkata untuk tujuan itu PBT perlu menyediakan infrastruktur asas jalur lebar di kawasan terlibat.

"Sebarang usaha untuk memberikan kemudahan jalur lebar kepada masyarakat itu adalah satu perkara yang baik," katanya.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

 - mk

No comments:

Post a Comment