اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, September 4, 2014

22 individu termasuk seorang Pengarah Kastam Negeri ditahan SPRM...

 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan arak serta rokok terbesar dengan penahanan 22 individu termasuk seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berpangkat pengarah dari sebuah negeri di utara Semenanjung.

Difahamkan, sindiket tersebut yang beroperasi di Zon Perdagangan Bebas Cukai, Pelabuhan Klang, Selangor terlibat dalam transaksi rasuah dan ketirisan sebanyak hampir RM1 bilion melalui aktiviti penyeludupan keluar dan masuk barangan itu daripada dikenakan duti dan cukai.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, individu lain yang ditahan dalam operasi di sekitar Lembah Klang hari ini turut melibatkan 11 pegawai JKDM dan 10 pemilik syarikat swasta serta ejen mereka.

Menurut beliau, operasi sejak semalam itu yang dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara, CyberSecurity dan pasukan petugas khas turut merampas sejumlah wang tunai serta pelbagai barangan seludup dari sebuah gudang di pelabuhan itu.

"SPRM percaya tangkapan ini yang dibuat selepas pemantauan selama setahun berjaya menumpaskan dalang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak yang tidak dibayar duti di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai, Pelabuhan Klang.

"Turut ditahan adalah seorang pemandu lori yang sedang mengangkut barang-barang seludup. Operasi ini turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan serta difahamkan, nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Shukri berkata, sindiket berkenaan dipercayai memberi perlindungan kepada aktiviti penyeludupan yang dijalankan di situ dan turut melibatkan penyalahgunaan pelbagai kemudahan yang disediakan di kawasan bebas cukai itu.

Katanya, modus operandi sindiket berkenaan adalah menyeludup keluar rokok serta arak daripada dikenakan bayaran duti dan cukai untuk dijual di dalam pasaran tempatan selain sebahagiannya diseludup ke negara jiran secara haram lapor Utusan

No comments:

Post a Comment