اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, September 4, 2014

Ayuh warga Felda ke himpunan 11 Sept

MAZLAN ALIMAN





JIWA kapitalis dalam pengurusan Felda yang di belakangnya Kerajaan BN semakin mengenepikan hak dan kepentingan para peneroka. Seramai 112,635 orang peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara menyertai Skim Felda kerana menyahut seruan kerajaan bagi menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

Mereka diikat dengan perjanjian antara Peneroka dengan Felda. Membayar hutang piutang selama tidak kurang 20 tahun sebelum beroleh hak milik atas tanah kebun 10 ekar dan tapak rumah. Kehidupan yang lalui amat sukar. Bimbingan Kakitangan Felda tidak akan mereka lupakan. Perjuangan mereka hingga detik kini sejak Felda ditubuhkan tahun 1956 adalah luar biasa. Felda menjadi agensi pembangunan tanah yang terbesar di dunia!

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57 yang seharusnya menjadi nikmat dari kepuasan hidup sebagai tuan atas tanah mula dipersoalkan. Langkah Kerajaan membawa Felda Global Venture Holding ke Bursa Malaysia suatu mimpi ngeri. Alasan ia kearah transformasi adalah gula gula untuk menghalalkan tindakan para kapitalis buat mengutip laba sebanyak mungkin. Susah payah peneroka dan pengurusan felda terdahulu seperti tidak dihargai.

Hari ini, bukan sahaja peneroka yang bersuara di ugut dan diancam; kakitangan Felda pun menerima akibatnya. Tokoh berwibawa seperti Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan beberapa Pegawai Kanan Felda dinyah dari jawatan masing masing.

Peneroka yang menggunakan hak mereka mengikut saluran undang-undang dinafikan dari mendapat Saguhati Hari Raya dan insentif FGVH. Mereka yang mengusahakan kebun secara persendirian tidak memperolehi lesen MPOB. Yang ada pun di tarik balik. Kegigihan dan semangat tinggi peneroka  bukan sahaja tidak diraikan, tetapi dianggap tidak tahu bersyukur dan dituduh kacang lupakan kulit!

Diskriminasi peneroka dan penderaan berterusan sampai waktu ini. Berjuang untuk mendapatkan Kadar Perahan Gred (KPG) yang rendah waktu ini dituduh penghasut dan pengkhianat?
Menuntut wang tanam semula sebanyak RM17 ribu yang memang caruman peneroka, dikata petualang negara?
Kos Tanam Semula Peneroka yang sesetengahnya melebihi RM100,000 dianggap remeh dan munasabah. Walaupun hutang banyak, peneroka wajib bersyukur pada Kerajaan atas budi baik Felda selama ini!

Terlalu banyak isu mengenai ketidakadilan dan diskriminasi kalau saya nak senaraikan. Cukuplah kalau saya sebutkan beberapa contoh.

Justeru, Himpunan Aman Diskriminasi terhadap Peneroka pada 11 september ini adalah susulan beberapa himpunan besar sebelum ini. Kali ini, Anak menjemput beberapa kedutaan asing, badan Hak Asasi PBB, media antarabangsa dan lain lain agar perjuangan demi hak peneroka dipanjangkan suaranya ke seluruh dunia. Bukan memohon campur tangan asing, namun menagih simpati dari semua pihak setelah suara peneroka tidak dirai dan dihargai!

Lebih malang, kini para peneroka berdepan dengan ugutan, ancaman dan diskriminasi daripada pengurusan Felda sendiri.

Memburukkan keadaan, harga komoditi getah dan terkini kelapa sawit semakin merudum. Derita para peneroka berpanjangan dan tidak diketahui bilakah penghujungnya. Komitmen Kerajaan, khususnya, Felda amat dingin. Mereka hanya fikir survival FGVH, sedang peneroka diminta untuk jadi pak angguk semata-mata. Hingga Koperasi Permodalan Felda yang menguasai 51% kepentingan dalam Felda Holding diambil dengan begitu mudah melalui konspirasi yang kita sama sama maklum.

Ayuh Warga Felda, turun beramai ramai pada 11 September ini demi hak dan masa depan peneroka. Anak hanya badan NGO yang menjadi pemudahcara atau perantara bagi tujuan memudahkan suara peneroka didengari, dipertimbangkan dan ada susulan sewajarnya oleh kerajaan, terutamanya pengurusan Felda.

Warga Felda mesti bangkit dan berada di barisan depan. Proaktif dan berani berjuang demi hak mereka sendiri. Contohi para pejuang kemerdekaan yang terdahulu. Inilah roh dari sambutan hari Kemerdekaan ke 57.

Penulis ialah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

No comments:

Post a Comment