Inilah terjadi jika jiwa dan minda diselimuti dengan ketaksuban melampau tanpa enggan menerima bahawa pemimpin agungnya bukannya maksum @ lembu suci (pinjam kata-kata YAB Lim Guan Eng).
Berasa megah dan bangga apabila diberitahu kononnya ekonomi negara dibawah pemerintahan UMNO dibawah kepimpinan Najib Razak berada di kedudukkan ke-20 dalam laporan daya saing global sedangkan hidup rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencanak naik.
Harga getah menurun teruk .. para penoreh getah yang hampir rata-rata penyokong tegar UMNO hidup sengsara tanpa pembelaan yang sewajarnya.
Para pelajar IPTA/S belum dapat ijazah sudah dibebani dengan hutang .. sudah memiliki segulung ijazah kerja belum tentu.
Nak miliki sebuah rumah kalau bergaji RM3,000 sekadar gigit jari memerhati.
Kalau nak cerita satu persatu penderitaan rakyat kini tidak cukup satu minggu ... dipendekkan cerita .. masih lagi mau berbangga sedangkan rakyat hidup sengsara menderita?????
No comments:
Post a Comment