اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, September 3, 2014

Calon MB: Saya tidak tahu dan tidak boleh terlibat - Khalid - OLEH JAMILAH KAMARUDIN

 

 Khalid tunggu arahan istana lepas PAS, PKR, DAP kemuka calon


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab soalan media pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco di Bangunan SUK Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 September, 2014. 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak bersabar sementara menunggu istana memberikan maklum balas cadangan calon menteri besar baharu yang diserahkan PAS, PKR, dan DAP.
Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan ketiga-tiga parti selesai menghantar nama calon kepada Sultan Selangor seperti yang ditetapkan istana iaitu selewat-lewatnya hari ini.
"Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan istana akan memberi maklum balas.
"Sehingga proses selesai pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
"Harap semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.
Ditanya sama ada beliau tahu siapa calon terbabit, Khalid berkata beliau tidak tahu menahu dan enggan mengambil tahu calon yang dikemukakan tiga parti Pakatan Rakyat (PR) itu.
"Saya tidak boleh terlibat. Dalam perkara ini saya tidak terlibat kerana ada kepentingan, lebih baik saya hanya diberitahu tentang keputusan," katanya yang menjangkakan maklum balas daripada istana secepat mungkin.
Beliau juga berharap calon penggantinya mempunyai kriteria pemimpin yang berkualiti termasuk menjalankan program, projek pembagunan dan bekerja lebih keras memajukan negeri.
Khalid bagaimanapun enggan mengulas desas-desus kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri jika proses pencalonan nama penggantinya masih menemui jalan buntu.
"Terpulang kepada budi bicara Sultan. Saya tidak mahu komen kerana akan timbulkan spekulasi.
"Keutamaan adalah mencari pengganti menteri besar yang ada sekarang," katanya.
Sultan Selangor sebelum ini menetapkan 3 September sebagai tarikh akhir bagi PKR, PAS, dan DAP memberikan nama calon pengganti Khalid.
Walaupun baginda menetapkan sekurang-kurangnya 2 nama, PKR dan DAP menegaskan hanya akan menghantar 1 nama saja iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada istana.
Sementara itu, mengulas mengenai perjanjian penstrukturan semula industri air antara negeri dengan Putajaya, Khalid berkata perjanjian kini berada di peringat akhir dan akan dimeterai selewat-lewatnya minggu depan.
"Ia termasuk pembelian Syarikat Pengeluar Air Selangor Berhad (Splash) melalui Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006," katanya.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid pagi tadi mengesahkan Putrajaya akan menandatangani perjanjian jual beli air bagi membolehkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengambil alih syarikat konsesi air Selangor.
Mahdzir berkata, beliau berharap krisis menteri besar di Selangor tidak akan mengganggu perjalanan urusan penstrukturan air di negeri itu kerana ia merupakan kepentingan rakyat.
"Apa pun keputusan di Selangor kita hormati, tetapi keutamaan kerajaan negeri adalah rakyat.
"Kita tidak cakap soal PAS, PKR, DAP, kita cakap soal kepentingan rakyat Selangor.
"Berilah ruang kerjasama kerajaan pusat selesaikan isu air di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya,” katanya. – 3 September, 2014.


No comments:

Post a Comment