Maryam dan Sahar terpaksa melarikan diri ke luar negara untuk hidup bersama sebagai pasangan 'suami isteri'.
DUA
wanita yang menjalin hubungan sejenis 'disatukan' sebagai pasangan
suami isteri dalam majlis ringkas di Stockholm, Sweden, baru-baru ini.
Wanita
berasal dari Iran itu dikenali sebagai Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar
memulakan kehidupan sebagai pasangan 'suami isteri' selepas sembilan
tahun hidup bersama.
Dengan tersenyum lebar, kedua-dua wanita terbabit disatukan oleh 'imam' bernama Ludovid Mohamed Zahed.
Media
melaporkan, Maryam sedang hamil anak pertama mereka, manakala Sahar
menderita penyakit tulang yang memaksanya banyak bergantung kepada
kerusi roda.
Ludovid
adalah gay berasal dari Afrika Selatan dan memang dikenali ramai di
kalangan pengamal hubungan sejenis dan seks songsang.
Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Ludivid berkata, dia berkongsi kegembiraan pasangan lesbian berkenaan.
"Keberanian Maryam dan Sahar berusaha mendapat penghidupan baharu di negara asing sangat terpuji," katanya.
Di Iran
pasangan cinta sejenis boleh dikenakan hukuman berat, termasuk 50
sebatan bagi kesalahan pertama dan kedua. Jika ditangkap dan disabitkan
kesalahan kali ketiga, pengamal homoseks boleh dihukum mati.
Ludovid
berkata, dia gembira dan puas kerana pasangan Maryam dan Sahar kini
boleh memulakan hidup berkeluarga walaupun sudah lama menghadapi
halangan.
"Ia
perjalanan yang jauh. Mereka terpaksa berkelana meninggalkan negara
sendiri untuk ke negara asing semata-mata mahu memulakan hidup baru
sebagai pasangan suami isteri," katanya.
-mstar-
No comments:
Post a Comment