Rombakan Kabinet dijangka awal September sisihkan Zahid?
MUHAMMAD FAIZAL ZAKARIA
Hisham Kewangan, Najib KDN?
KEHANGATAN
krisis pelantikan Menteri Besar Selangor bakal menjadi suram berikutan
angin panas mula melanda pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak di
Putrajaya.Terdapat angin perubahan yang bakal berlaku dalam kabinet
apabila pengemudi Umno-BN itu kini mula mencorak saf baharu dalam
kabinetnya.
Beberapa
sumber kepimpinan Umno menyebut, Najib kini kurang selesa dengan
beberapa menteri dan timbalannya yang tidak menyokongnya untuk melakar
perubahan dan ia mengakibatkan Najib terpaksa membuat perubahan besar
dalam barisan kabinet baru sebelum Belanjawan 2015 dibentangkan pada
sidang parlimen akan datang.
Sama ada
Najib terpaksa akur, perlu akur atau merupakan keputusan peribadi
beliau, apa yang pasti rombakan kabinet terbaru ini akan mengejutkan
semua pihak, apatah lagi beberapa nama besar yang memegang jawatan
menteri paling kanan turut terlibat dalam rombakan yang bakal dilakukan
ini.
Rombakan
kabinet itu bakal dilakukan pada bulan September itu nanti menyaksikan
terdapat menteri yang bakal digugurkan dan ia bukan sahaja melibatkan
perubahan di dalam kabinet tetapi turut berlaku kepada Majlis Tertinggi
Umno.
Hishammuddin Menteri Kewangan?
Mengejut
atau tidak Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang
memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bakal dilantik sebagai
Menteri Kewangan dan ia ada kaitan dengan kepercayaan Najib kepada
sepupunya yang lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan yang lain.
Tindakan
Najib menyerah kan jawatan tersebut sebagai memberi laluan untuk beliau
yang mengambil alih Menteri Dalam Negeri (KDN) dari Dato’ Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi yang dikatakan terlalu bersikap ‘samseng’ dalam segala hal
sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan-kalangan
mereka di dalam BN itu sendiri.
Ada yang
menyebut, peluang Zahid untuk bersama bahtera Najib bakal terkubur
kerana Ahli Parlimen Bagan Datoh itu penyokong kepada bekas Timbalan
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kata sumber Zahid bakal
dilupakan pada pilihan raya umum akan datang.
Ke manakah Zahid?
Sebelum
berbicara tentang kedudukan Zahid, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Dato’ Seri Shafie Apdal yang turut berada di dalam senarai
Najib itu akan ditukarkan ke Kementerian Pertahanan bagi mengantikan
Hishammuddin yang bakal di tugaskan di Kementerian Kewangan.
Kredibiliti
Shafie turut di persoalkan dalam pelantikan tersebut ada kerana
pergolakan yang berlaku di Sabah mahu pun Sarawak menyebabkan mereka
yang berasal di sana sesuai dilantik untuk menjaga konflik yang wujud
terutama membabitkan pencerobohan di Sabah.
Apabila
berlakunya kekosongan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Najib berpendapat bagi meredakan kemarahan ataupun ketidaksenangan
pengundi bukan Melayu, maka Zahid akan ditempatkan ke kementerian
tersebut untuk memegang jawatan Menteri Luar Bandar dan Wilayah yang
ditinggalkan Shafie itu nanti.
Najib
terpaksa melupakan hubungan baik dengan Zahid memandangkan suasana
politik sekarang menyebabkan beliau tidak mampu untuk mempertahan
Menteri Dalam Negeri itu.
Muhyiddin, gugur atau sebaliknya?
Kementerian
Pelajaran belum disentuh siapa mengendalinya, permasalahan pendidikan
negara membimbangkan apabila keputusan kementerian ingin terus
melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga
menimbulkan kritikan serta bantahan dari golongan pendidik.
Jika
Najib mengambil kira kepada kemelut yang timbul dari golongan pendidik
sudah pasti individu yang memegang jawatan di kementerian turut akan
menerima tempias dalam rencana Najib untuk mengambil hati golongan
pendidik.
Namun,
apakah Najib berani untuk menyentuh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menukar
orang kanan Tun Mahathir Mohamad itu ke posisi lain? Pastinya Najib
berdepan tekanan tatkala Dr Mahathir juga sedang mengkritik
pentadbirannya kini.
Tidak
mustahil rombakan kabinet ini juga menyaksikan beberapa menteri yang
akan kehilangan jawatan. Apa yang diketahui pada peringkat awal antara
yang akan kehilangan jawatan wakil dari MIC, Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar, Dato’ Seri G Palanivel dan juga Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Hasan Malek.
Menteri
Wilayah, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan bakal
digugurkan bukan sahaja di kedudukan Kementerian Wilayah dan
Kesejahteraan Bandar, malah kedudukan selaku Setiausaha Agung Umno yang
dipegang olehnya akan digantikan dengan bekas Ketua Menteri Melaka,
Dato’ Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Perubahan
berdasarkan kritikan atau dirancang Melihat kepada kedudukan yang
selamat pasti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh
menarik lega, beliau mungkin tidak akan terlibat mahupun terkeluar dari
senarai rombakan yang bakal dilakukan.
Pendekatan
Khairy dengan golongan anak muda pasti menggembirakan Najib kerana
baginya golongan itu akan menyumbang kepada undi Barisan Nasional nanti.
Persoalan menarik pada rombakan kabinet ini adakah ia dilakukan adalah
kerana kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau
merupakan perancangan awal beliau.
Kalau ia
berlandaskan kepada kritikan Dr Mahathir yang tidak berpuashati dengan
pentadbiran Najib pasti Dr Mahathir yang telah lama tidak menyenangi
Khairy sejak pentadbiran Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut disentuh
oleh bekas Perdana Menteri itu.
Apa yang
pasti, Najib cuba memenangi hati Dr Mahathir walaupun beliau tidak
bersuara bila dikritik, mungkin ada perbincangan luaran antara mereka
itu tidak ketahui. Rombakan ini akan mengejutkan banyak pihak serta
pemerhati politik.
Sejarah
bakal dicipta Najib dalam masa terdekat, mereka yang menjadi mangsa akan
merajuk hati dan untuk mengkritik mungkin tidak kerana mengharapkan
kerusi pada PRU14, mereka akan berdiam mengaturkan strategi bagi mencari
peluang untuk kekal dalam pertandingan Majlis Tertinggi Umno
No comments:
Post a Comment