اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, September 3, 2014

PANDANGAN YANG IKHLAS, BERNAS, JELAS, TEGAS DAN PANAS LAGI PEDAS DARI MAT SABU JIKA PAS MAU TAWAN PUTRAJAYA.

 




Pakatan Rakyat (PR) perlu dijadikan sebagai platform jika PAS berhasrat untuk menawan Putrajaya dan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, sejarah membuktikan PAS meraih kejayaan terbesar bersama PR pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di mana 5 negeri berjaya dimenangi gabungan pembangkang itu diikuti mendapat undi popular melebihi BN pada PRU13.

“Saya hendak simpulkan di sini, kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau tahalluf siasi atau coalition dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada 'tahalluf', tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti dalam Pakatan.

“Jika PAS dan rakan dalam PR berangan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan lain, melainkan jalan terbaik melalui kerjasama politik antara parti pembangkang dan NGO untuk hadapi pemerintah BN,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu artikel bertajuk "Tahalluf siasi punca utama kejayaan PAS" diterbitkan portal Harakahdaily.

Pada PRU12, buat pertama kalinya majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan merupakan kejayaan paling besar dicapai parti pembangkang sejak Merdeka apabila 5 negeri jatuh ke tangan PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Menerusi PRU12  juga, PAS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen dan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia.

Mohamad berkata, sejarah membuktikan PAS mengalami kekalahan teruk apabila tidak berada dalam gabungan politik menerusi beberapa siri pilihan raya umum yang lepas.

Katanya, PAS berdepan kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) dan mereka gagal mempertahankan Terengganu selain mencatatkan penurunan undi di seluruh negara termasuk undi orang Melayu Bumiputera.

“Pada pilihan raya 2004, DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam.

“Maka pada 2004, PAS mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah, yang tinggal hanyalah satu kerusi di peringkat Parlimen dan 5 kerusi Parlimen di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, sejarah kegemilangan PR bermula pada 1999 ekoran peristiwa yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim maka terbentuklah BA yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR.

Katanya, pada ketika itu PAS berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2) serta menguasai Kelantan dan Terengganu yang ditawan semula PAS selepas kehilangan 2 negeri itu pada 1962.

“PR dan tahalluf siasi diteruskan menjelang PRU13 di mana sekali lagi PR mencatat kemenangan undi popular lebih 52% dan BN mendapat undi 46% sesudah ditolak undi rosak kira-kira 2%.

“Walaupun tidak berjaya menawan semula Terengganu, PAS hanya kehilangan 2 kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah tetapi kejayaan yang besar ialah PAS capai di Selangor iaitu berjaya mencapai kemenangan 15 kerusi DUN,” katanya.

Pada pandangan ikhlas Omak Kau juga ialah bukan sahaja PAS tetapi turut sama PKR dan DAP .. jika mau tawan Putrajaya perlu berganding bahu bersatu padu dengan kesepakatan yang jitu demi menuju misi yang satu .. tidak perlu ada bersikap berkepala batu. TENKIU. 

No comments:

Post a Comment