KAWASAN LOJING, GUA MUSANG
Oleh : Zarina Daud
Assalamualaikum wbt
Terlebih dahulu ribuan terima kasih diatas doa, bacaan yasin, dan usaha yg anda semua berikan demi keselamatan kami sekeluarga. Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana saya terpilih utk merasai pengalaman sbg pelarian banjir Temangan Lama bersama kedua2 org tua yg sakit (strok dan jantung), nenek yg uzur.. Iman yg masih kecil.
Melarikan diri ke rumah yg kedudukannya di kaw tinggi tidak pernah kena banjir... Seterusnya ke kilang papan yg lokasinye tinggi (dpt merebahkan badan 30 minit di atas pasir dan habuk kayu utk menghilangkan lelah), kemudian berpindah lg ke kaw lebih tinggi.. Seterusnya mendaki bukit, bergelap, berhujan, bersejuk, berlapar... Iman hanya diam.. Air mata mengalir tanpa henti.. Tatkala dia minta air utk diminum.. Allah shj yg tahu peritnya hati ini. Dimana boleh aku dptkan seteguk air ketika itu.. Hanya berbekalkan biskut chipsmore kecil kegemaran iman.. Dpt lah dia menahan lapar..
Tiada bantuan oleh pihak jpam, bomba, polis selama kami disitu. Alasannya air sungai terlalu deras dan pokok tumbang. (Betul, sy mmg faham.. Mmg sukar ke situ).
Sehinggalah hr kedua, jam 12 tghr abg kandung saya kebetullannya sbg penggawa di situ dtg menyelamatkan kami. Dengan hanya menggunakan bot kecil miliknye, yg hanya muat sebilangan kecil mangsa shj.
Selamatkan org tua yg sakit dan uzur, oku, wanita nak bersalin.. Laluan sukar, pokok tumbang, kayu balak yg terapung.. air yg sgt deras..
Selamatlah kami bermlm di pusat penempatan banjir kedua, SK Temangan. Makanan di catu, kemudahan air paip yg semakin terhad. Hnya dibenarkan utk kegunaan penting shj. Mandi tidak dibenarkan.
Allah... Maha hebat dugaan yg diberikan ini.. Saya yakin, Allah akan menggantikan sesuatu yg lebih hebat lg utk saya dan keluarga.. Kereta dan harta benda yg tenggelam in sha allah boleh diberi ganti.. Hilang nyawa??
Tp saya sgt berpuas hati kerana dpt menjaga ibu bapa nenek serta ibu saudara (mertua) sehabis daya saya.. Terima kasih yg tidak terhingga kepada suami saya..Hazli Hanapi ..
Yg masih terkandas dibukit. Anda lah wira kebanggaan saya.. Tidak tidur, tidak makan, demi kepentingan org lain. Saya doakan keselamatan dan kesihatan awak..
Terima kasih kepada abg long saya Mohd Nor Daud.. Yg menjadi superhero dtg menyelamatkan kami semua. Walaupun kejian dan makian org ttg ketidakpuasan masing2. Anda hanya manusia biasa.. Anda telah melakukan yg terbaik...
Alhamdulillah syukur.. Kami semua selamat kecuali adik ipar saya Hanif Hanapi yg tidak diketahui status dan lokasinya. Lokasi terakhir diketahui beliau berada di bumbung rumah di sekitar kg. In sha allah selamat juga..
Gambar di bawah adalah yg sempat dirakam semasa terperangkap di bukit..
P/s: tentera sudah berjaya memunculkan diri hr ni..(day 3).. anak saya pula fobia tgk air hr ni. X nak mandi.
No comments:
Post a Comment