Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, mengikut janjinya tidak ada sebarang liputan media, tetapi Perkasa menjemput media.
"Perkasa panggil media. Jadi kita nampak ada khianatnya, kita pun batal pertemuan itu,” katanya. Suhaizan berkata, Perkasa yang beriya-iya mahukan pertemuan itu, jadi apabila media dipanggil, Pemuda PAS sedar ada yang tidak kena.
Sayap pemuda Perkasa, Wira Perkasa dijangka mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS pada jam 4 petang semalam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Tetapi, pada sebelah paginya Wira Perkasa menerima surat daripada Pemuda PAS membatalkan pertemuan tersebut.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris melahirkan kekecewaanya apabila pertemuan itu dibatalkan.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan secara rasmi kepada pihaknya pada awal pagi, semalam, sedangkan Pemuda PAS Pusat sebelum ini menghantar surat persetujuan mengenai pertemuan itu, 4 hari lalu.
"Saya agak terkejut dan sedikit kecewa, kerana sebelum ini kita menerima surat daripada Pemuda PAS Pusat menyatakan pihak mereka membatalkan perjumpaan itu atas alasan tidak dapat mengelak urusan penting.
"Sepatutnya kita dapat berjumpa untuk membincangkan perkara yang lebih penting selain kuasa politik iaitu agama Islam kita pada hari ini dicemari, dipertikai dan sebagainya," katanya seperti dilaporkan Sinar Online, hari ini.
Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS Pusat bagi mencari 'titik persamaan' antara mereka khususnya melibatkan soal agama Islam dan kepentingan orang Melayu serta Bumiputera
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Tindakan Perkasa melibatkan media dalam pertemuan mereka dengan Pemuda PAS menyebabkan pertemuan itu dibatalkan oleh PAS.

No comments:
Post a Comment