اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, December 18, 2014

Persoalan Terhadap FELDA

 



(Gambar :The Park City Hotel,London)
1.Saya penyokong kuat FELDA, kadangkala perlu kritik kerana sayang bukan untuk jatuhkan. Kalau dahulu Tun Razak dengan bijak menyatukan orang Melayu ke satu kawasan agar lebih mudah dibangunkan daripada petempatan berselerak, sekarang FELDA merupakan antara cerita ‘rags to richest’ yang dipuji oleh rakyat Malaysia dan juga ahli pemikir antarabangsa. 
Prof Jeffrey Sachs seorang pemikir yang sinonim dengan pembasmian kemiskinan telah menggunakan contoh FELDA di satu temu bual sebagai program terbaik untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tegar.

2.Alhamdullilah, sekarang Koperasi Permodalan FELDA merupakan antara koperasi terkaya di negara dengan 3.43 billion asset. Peneroka juga hidup dengan selesa dijaga rapi oleh syarikat itu sambil diberi kemudahan untuk berniaga dan mendapat pendidikan. 
Felda Global Ventures pula satu kebanggan negara merupakan sebuah syarikat bernilai berbillion dan merupakan antara pemilik kelapa sawit terbesar di dunia. 
Jauh perjalanan orang Melayu yang dahulu hanya bekerja di ladang sebagai buruh kasar dan bukan pengurus.

3. Agak menyedihkan sejak kebelakangan ini ada beberapa isu menghasilkan tanda tanya kepada rakyat. Bermula dengan ‘suspension’ Director General Datuk Faizoull Ahmad kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi Tan Sri Isa Samad atas isu tertentu. 
Datuk Faizoull merupakan DG kedua digantung selepas Datuk Dzulkifli Abd Wahab juga digantung dan sekarang dihantar ke Rome,Italy atas alasan kerja. Bagaimana dua DG boleh digantung kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi? 
Kerana FELDA mempunyai begitu banyak peneroka yang bergantung kepada syarikat tersebut, kerajaan perlu memberi perjelasan terperinci berkenaan masalah pengurusan dalam syarikat itu.

4.Hari ini pula berita terhangat ialah FELDA membeli hotel ke-2 mereka di London,UK bernama Park City Hotel bernilai £60mil (RM330mil). Keputusan FELDA bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri DS Razali Ibrahim di parlimen :
"Buat masa ini, Felda tidak merancang untuk membeli mana-mana hotel. Konglomerat itu hanya akan fokus kepada hotel sedia ada beroperasi," (DS Razali Ibrahim).
Bagaimana peneroka boleh untung daripada pembelian hotel ini? Adakah peneroka akan dihantar ke hotel itu untuk latihan atau diberi peluang mengurus hotel? 
Jika setakat dividen ia tidak berapa menguntungkan negara, sepertimana semua tahu apabila syarikat Malaysia membuat pelaburan di luar, KDNK tidak akan meningkat kerana rakyat London yang akan untung dan bukan rakyat Malaysia

5. Saham Felda Global Ventures juga menjunam kepada paras terendah disebabkan oleh kejatuhan harga minyak kelapa sawit (CPO) dan minyak mentah (20-25% eksport Malaysia merupakan produk petroleum).


6. Dahulu juga Tabung Haji sedang menyiapkan kertas kerja untuk membuat pelaburan besar di bandar muflis Detroit,Amerika, tetapi pada saat akhir mereka membatalkan rancangan itu .
Saya fikir kerajaan tidak patut beri banyak peluang kepada ahli politik untuk mengurus tadbir sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun sebagai Pengerusi (Chairman). 
Kerajaan perlu telus dan membenarkan golongan korporat mengurus GLC manakala ahli politik kerja dalam bidang politik sahaja. Jika letak ahli politik dalam syarikat ia akan menyukarkan kemajuan syarikat itu dan juga membenarkan budaya politik wang untuk membiak. 
Disebabkan saya tiada fakta jadi tidak boleh membuat tuduhan, tetapi pergantungan DG itu kemungkinan besar ada kait rapat dengan pembelian hotel ini. Teori sahaja.

Gaya Peneroka 

No comments:

Post a Comment