Pemuda PKR membidas Datuk Seri
Najib Razak ekoran pendedahan portal Bangkok Post yang mendakwa perdana
menteri bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Thailand atas
urusan peribadi dan bukannya lawatan rasmi.
Timbalan Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung
berkata, alasan yang diberikan Najib melawat Thailand kerana mahu
berterima kasih atas sumbangan 500 tan beras tidak masuk akal.
"Saya ingin mengingatkan Najib
ketika beliau mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri Thailand
atas sumbangan 500 tan beras kepada mangsa banjir, kos minyak jet 9M-NAA
yang dibenarkan merantau untuk seminggu yang lepas adalah cukup
menampung beras sebanyak 247 tan," katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Menyifatkan pendedahan tersebut sudah menjadi bahan ketawa dunia, Lee mendesak Najib agar menafikan laporan Bangkok Post itu.
"Alasan Pejabat Perdana Menteri
(PMO) tentang ‘masalah teknikal’ yang dihadapi jet 9M-NAA hingga
mengakibatkannya terpaksa singgah di sekitar Amerika adalah sangat aneh.
Cerita Najib Jadi Bahan Ketawa Satu Dunia
"Adakah jet tersebut yang
menghadapi masalah teknikal tetapi berkemampuan terbang dari satu tempat
ke tempat yang lain?" soalnya.
Sebelum ini Najib dikritik hebat selepas gambar beliau bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tersebar di Internet.
Keadaan menjadi bertambah buruk
apabila Najib tidak pulang ke Malaysia menggunakan jet rasmi kerajaan
yang digunakannya semasa pergi ke sana, sebaliknya menaiki pesawat
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menimbulkan lagi spekulasi.
Sebelum itu, jet rasmi kerajaan itu dilaporkan berada di AS, London, New York, Dubai dan Bangkok.
Bagaimanapun Bangkok Post melaporkan lawatan Najib
bukan atas lawatan rasmi, sebaliknya untuk berehat sempena tahun baru
sambil bertemu rakan sejawatnya di negara itu, Jeneral Prayut
Chan-o-cha.
Memetik sumber, Bangkok Post melaporkan Najib dan isterinya Rosmah melawat Thailand pada 2 Januari.
Laporan itu juga menambah,
memandangkan lawatan tersebut bersifat peribadi, berita tentangnya tidak
disiarkan atas sebab 'protokol'.
"Perdana Menteri Malaysia itu terpaksa menulis tweet yang beliau sedang makan tengahari dengan Prayut,
berterima kasih kepada Thailand kerana menderma 500 tan beras untuk
mangsa banjir di Malaysia bagi mengelak kritikan," kata sumber itu
kepada Bangkok Post.
Pesawat Airbus 319 itu, dengan
nombor pendaftaran 9M-NAA, dilaporkan Isnin lalu mendarat di Lapangan
Terbang Subang selepas tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)
malam sebelumnya.
PMO dalam satu kenyataan kepada wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, Najib tidak dapat menggunakan jet rasmi kerajaan untuk pulang ke Malaysia pada 27 Disember kerana mengalami 'isu teknikal'.
Mengulas perkara tersebut,
Pemuda PKR mendesak PMO mengumumkan senarai penumpang dalam jet 9M-NAA
dengan segera bagi menjawab pertanyaan orang ramai tentang siapa
sebenarnya yang menggunakan jet tersebut dalam tempoh dua minggu lepas. ~malaysian insider
No comments:
Post a Comment