Selain menyelamatkan ibunya,
Mohd Zafian Abdullah juga sempat memastikan kucing kelabu miliknya, Labu
turut selamat. Tetapi semua yang lain miliknya termasuk rumah sendiri,
musnah dalam banjir paling teruk pernah melanda Malaysia dalam beberapa dekad.
Kini mereka bertiga tinggal di khemah sementara, yang dibina daripada besi buruk dan kepingan plastik.
Berdekatannya, seorang balu
sudah tua, Hasnah Mohamad, berjalan keliling kampungnya yang musnah,
berbual dengan jiran untuk menghabiskan masanya. Dia tiada rumah untuk
dibersihkan mahupun harta benda untuk diselamatkan daripada musnah, dan
duduk bersahaja hanya akan membuatkannya tertekan.
Pada saat Putrajaya menghitung kos kemusnahan akibat banjir baru-baru ini, penduduk Kampung Dusun Nyior di
Kuala Krai, Kelantan yang kini tiada tempat tinggal, sudah bersedia
untuk membina khemah di kampung mereka yang rata dan bersiap sedia
menghadapi kemungkinan mendatang tanpa sebarang keperluan asas.
Kampung yang kecil itu, terletak
jauh di dalam ladang kelapa sawit dan sangat terpencil di mana ia tidak
dapat dijumpai pada peta, dan ia hampir dibinasakan sepenuhnya selepas
sungai Kelantan bersebelahannya melimpahkan air, memecahkan tebingnya
dan meranapkan rumah mereka dua minggu lepas.
Rumah-rumah kayu yang dulunya
pernah berdiri kini berganti dengan khemah usang diperbuat daripada
bahan yang didermakan, tikar jerami dan kayu-kayan yang baru didirikan
untuk tempat tinggal penduduk kampung yang tiada tempat berteduh dan
tiada wang untuk membina semula rumah mereka.
Zalfian, 26, menyiku kucingnya bermata kuning (bernama Puma yang berlalu pergi) berdengkur di sampingnya.
"Saya membawanya bersama ke pusat pemindahan; Saya tidak boleh membiarkan kucing ini ketika banjir melanda,” katanya.
Kini rumah kecil, dibina
daripada logam kecil yang diperbuat daripada rangka logam yang dikutip
di kawasan tanah perkuburan berdekatan, manakala tarpaulin plastik di
atas kepalanya didermakan.
Dia berkata, rumahnya tertanam di bawah timbunan runtuhan.
"Saya tidak ada modal. Jadi saya
hanya tinggal di khemah melainkan jika mendapat bantuan daripada
kerajaan," kata Zafian, seorang pembuat dan penjual roti canai untuk
sara kehidupannya.
Dia berterus-terang berkata tidak mungkin dapat membina rumah baharu dengan simpanan yang tidak mencukupi.
Setakat ini makanan tidak menjadi masalah untuk lebih 50 penduduk Kampung Dusun Nyior
kerana sumbangan mencurah-curah daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan
individu perseorangan beberapa kali sehari sejak banjir reda minggu
lepas.
Tetapi bagi seorang balu seperti
Hasnah Mohamad, 60, beliau tidak dapat membayangkan apa yang akan
berlaku ke atas dirinya dan dua anaknya sebaik saja bekalan makanan
dihentikan dan dia dibiarkan untuk menyara keluarganya seorang diri.
Rumah mereka dihanyut arus
banjir tanpa belas kasihan, kini dia dan anaknya - salah seorang
daripada mereka buta dan kurang upaya mental tinggal di salah satu
daripada khemah yang berselerakan di kampung yang musnah itu.
"Saya melihat banjir menelan
rumah saya dengan mata saya sendiri pada malam itu. Air itu seperti
gelombang besar. Perabot terangkat, berputar dalam arus air deras. Paras
air begitu tinggi membolehkan awak memetik kelapa secara terus dari
bot.
"Sekarang ia sudah tiada, tetapi
saya tidak tahu apa yang akan kami lakukan. Semuanya terpulang kepada
Allah. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk kami. Saya hanya tidak mahu
melaluinya lagi," kata Hasnah, menitiskan air mata.
Sedang dia mengesat mukanya
dengan tudung, Hasnah berkata dia tidak mempunyai sumber pendapatan
selain apa yang tiga anaknya yang menetap jauh di lain negeri kirimkan
kepadanya, sambil menambah dia berdoa supaya kerajaan membantu membina
semula rumahnya.
"Saya mempunyai sedikit wang,
wang yang sangat sedikit. Malah sebelum banjir melanda, saya hanya ada
makanan mencukupi untuk kami bertiga. Saya hilang pekerjaan selama lima
tahun; suami saya meninggal dunia pada 19 September, 1992,” katanya.
Hidup Hasnah menjadi lebih teruk
sejak banjir. Pada waktu malam, dia hanya dapat melelapkan mata dalam
beberapa jam di dalam khemah yang sempit.
Rumah, kereta dan harta milik penduduk Kampung Dusun Nyior, Kuala Krai, Kelantan
semuanya musnah akibat banjir. Hanya bunyi deruan enjin atau hujan,
mengejutkan dan segera membuatkannya terjaga dan menimbulkan ketakutan
sekiranya banjir datang lagi.
Pada siang hari, tanpa
meninggalkan rumah untuk dibersihkan, Hasnah berkata dia menghabiskan
masanya berjam-jam merayau di sekitar kampung dan berbual dengan jiran.
"Jika saya hanya duduk diam,
saya akan rasa tertekan. Jadi saya berjalan, saya berbual dengan orang
lain, saya masak untuk semua orang," katanya sambil menunjuk ke arah
dapur di atas meja yang berada di tempat terbuka.
Jirannya, Noriah Hussain, 63, adalah salah seorang daripada beberapa penduduk kampung yang rumahnya bertahan daripada banjir.
"Saya tidak fikir rumah itu akan
bertahan lebih lama. Panel siling jatuh kerana ia disaluti lumpur,
"kata Noriah kepada The Malaysian Insider.
"Saya akan berpindah, sekarang saya hanya menunggu anak saya untuk selesai mendapatkan khemah,” katanya.
Noriah berkata keluarganya
membina rumah kayu itu lebih 30 tahun lalu, dan dengan hati yang berat
dia kini terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
Pada mulanya, dia fikir dia
boleh terus tinggal di dalamnya, dan dengan bantuan beberapa
sukarelawan, berjaya membersihkan hampir separuh lumpur tebal yang
menyaluti lantainya dengan menggunakan pinggan makannya sendiri.
Tetapi dengan keadaan rumahnya
yang kelihatan seperti hendak runtuh, Noriah, seperti jiran-jirannya,
kini mengharapkan bantuan kerajaan untuk menyelamatkannya daripada
terpaksa hidup di jalanan selamanya.
"Saya tidak mempunyai simpanan
yang banyak; Saya seorang balu dan berhenti bekerja di ladang kelapa
sawit sejak 2006. Jika kerajaan tidak membantu saya, saya akan hidup
seperti ini sehingga mati,” katanya.
Tidak seorang pun penduduk di Kampung Dusun Nyior
yang ditemubual The Malaysian Insider tahu bila kerajaan akan mula
menyediakan bantuan kepada mereka untuk membina semula rumah dan tiada
yang optimistik bantuan akan datang bila-bila masa tidak lama lagi.
Mereka berkata, jika tiada bantuan disalurkan untuk masa akan datang, mereka hanya akan menghabiskan hayat mereka di khemah. ~malaysian insider
No comments:
Post a Comment