اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, January 13, 2015

“Kenapa tak tahan Dr Mashitah, Ibrahim Ali? – Guan Eng


lim-guan-eng


UALA LUMPUR, 13 JAN: DAP mengutuk keras amalan pilih kasih dan salah guna kuasa BN serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung penahanan peguam Eric Paulsen malam tadi.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kerajaan gagal bertindak secara adil apabila penahanan Eric dibuat, dalam masa sama membiarkan Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Perkasa Ibrahim Ali bebas.

“Jelas wujud amalan ‘double-standard’ dan salah guna kuasa di pihak BN serta KPN apabila melibatkan mereka yang menyokong BN dan menentang Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Khalid semalam menggesa semua pihak tidak mempolitikkan penahanan Eric di bawah Akta Hasutan, malah mendakwa tindakan itu menepati undang-undang.
Peguam hak asasi Eric Paulsen ditahan polis di Brickfields, Kuala Lumpur malam tadi, dipercayai ekoran tweetnya sebelum ini yang mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Mempersoalkan kenyataan terbabit, Guan Eng menggesa KPN agar menjelaskan mengapa penahanan tidak dibuat terhadap Mashitah dan Ibrahim Ali.

“Adakah KPN dan BN memberikan gambaran bahawa tiada salahnya, malah memang baik untuk membuat pembohongan jahat terhadap komuniti Cina di Kedah ataupun mengugut mahu membakar bible versi bahasa Melayu serta Iban?
“Mashitah langsung tidak memohon maaf setelah cuba menimbulkan ketidakharmonian kaum dan agama dengan memfitnah komuniti Cina.

“Tidak ada sebarang tindakan diambil walaupun begitu banyak laporan polis dibuat keatasnya.
“Bolehkah KPN menjelaskan kenapa Mashitah dan Ibrahim Ali boleh terlepas bebas tanpa tindakan?,” soal Guan Eng.

Ujarnya, tindakan itu dilihat percubaan BN mengalih perhatian kegagalan menangani bencana banjir serta skandal seperti 1MDB dan kerugian berbilion ringgit akibat dana haram dan rasuah.
JBeliau mencabar BN dan KPN menahan Mashitah dan Ibrahim jika benar tidak mengamalkan ‘double-standard’ serta mempunyai komitmen penuh usaha mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Mashitah, Ketua UMNO Baling dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu menuduh kononnya orang Cina di Kedah membakar Al-Quran, manakala Ibrahim Ali mengugut mahu membakar Bible versi bahasa Melayu dan Iban.

 – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment