اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, January 13, 2015

Tentera Siber Najib Hanya Hingusan - Kadir Jasin



Kadir Jasin cabar 'pendakyah' Najib

Wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin melontarkan 18 soalan buat "pendakyah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri", Datuk Seri Najib Razak.

Ia berkisar kepada pengurusan 1MDB, perisytiharan darurat sewaktu banjir, kemerosotan nilai ringgit, serta pengurusan hasil negara.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu mengemukakan soalan-soalan tersebut menerusi tulisan terbaru di blognya.

"Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?

"Bagaimanakah PM, sebagai menteri kewangan, hendak melestarikan Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?

"Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40 peratus kepada perolehan kerajaan?"


Ini antara soalan-soalan yang dikemukakan Kadir.

Menurut Kadir, soalan itu perlu dijawab kerana mereka kini lebih cenderung mengkritik peribadi pengkritik Najib berbanding daripada menjawab isu-isu semasa.

"Daripada cuba membunuh pembawa khabar adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu," sindir Kadir lagi.

Tanpa menamakan sesiapa secara khusus, Kadir turut membidas wartawan media arus perdana Media Prima yang dilihat rancak "membelasah" bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Menurutnya, berita-berita yang disebarkan wartawan tersebut sebenarnya berfungsi sebagai "penyambung lidah" kepada Pakatan Rakyat yang mempunyai dendam lama dengan Daim.

"Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan peranan menaik dan menurunkan Anwar dalam politik negara.

"Mereka tahu perisikan, analisis dan strategi Daim lebih hebat daripada mana-mana pihak dalam Umno dan BN.

"Oleh sebab Daim tidak berminat dalam politik maka analisis dan strategi beliau adalah lebih bebas dan berkecuali.

"Tambah memeningkan Pakatan adalah hakikat bahawa Daim mempunyai perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri.

"Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai bimbang perdana menteri meminta atau menerima nasihat Daim.

"Mereka tidak mahu kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka.

"Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim," katanya.


Perang Saraf Hingusan Ancam Kewibawaan PM

PANTUN Melayu paling indah dan bermakna dalam hal ilmu dan kebijaksanaan berbunyi:

Pergi memburu di padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Kalau berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Pantun nasihat itu berguna kepada kita semua dan, dalam konteks semasa amat afdal kepada pendiayah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan.

Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan.

Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan (vulnerable) dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai serangan balas.

Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri adalah orang muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya pengkritik bos mereka?

Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan tidak berada di tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan Mohd Najib, tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan orang yang hari ini menegur beliau.

MAP Sambung Lidah PR?

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sesetengah elemen dan wartawan media arus perdana (MAP), termasuk dalam kumpulan Media Prima, telah secara terbuka bertindak sebagai penyambung lidah Pakatan Rakyat, khususnya dalam membelasah (Tun ) Daim Zainuddin.

PR, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, mempunyai agenda tersendiri memburuk-burukkan Daim. Pemuka PR seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tahu kehebatan saluran maklumat dan strategi Daim.

Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan peranan menaik dan menurunkan Anwar dalam politik negara.

Mereka tahu perisikan, analisis dan strategi Daim lebih hebat daripada mana-mana pihak dalam Umno dan BN. Oleh sebab Daim tidak berminat dalam politik maka analisis dan strategi beliau adalah lebih bebas dan berkecuali.

Tambah memeningkan PR adalah hakikat bahawa Daim mempunyai perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri.

Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai bimbang Perdana Menteri meminta atau menerima nasihat Daim. Mereka tidak mahu kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka.

Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim.

Apakah para pengarang dan wartawan MAP tidak sedar matlamat tersirat PR atau mereka diarahkan menyerang Daim dengan apa cara juga, termasuk bersekongkol dengan PR?

Boleh jadi juga mereka tidak mendalami atau sengaja menidakkan perhubungan antara Mohd Najib dan Daim lantas mereka mengambil agenda PR, khususnya PKR, sebagai agenda mereka sendiri dan menyerang Daim atas tanggapan inilah yang terbaik bagi mempertahankan Mohd Najib.

Mungkin mereka tidak tahu dan PM pun tidak mahu memperbesar-besarkan keakraban beliau dengan Daim. Namun, antara yang terawal beliau hubungi selepas mendarat di Kota Bharu (dari Hawaii) ialah Daim.

Pendiayah muda PM yang kini dikatakan amat berkuasa dan kaya dengan sumber kewangan mungkin tidak tahu atau tidak sedar bahawa kalau bukan kerana orang seperti (Tun) Dr Mahathir, Daim, (Tan Sri) Sanusi Junid, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan beberapa orang lagi veteran Umno, bos mereka mungkin tidak merasa menjadi PM atau tidak menjadi PM secepat itu. Malah kalau diserahkan bulat-bulat kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan para penerajunya, ada kemungkinan Mohd Najib tidak menjadi PM.

Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal Mohd Najib buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk mengupah dan membeli.

Cerita Peribadi Siapa Lebih Sensasi?

Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.

Mungkin diayah murahan mengenai para pengkritik Mohd Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan mereka pun tidak berkedudukan politik.

Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti yang isterinya, Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini.

Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z.

Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu.

Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit “hint” dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada mereka tidak faham ekonomi. Antaranya:

1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?

2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?

3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009?

4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan?

5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun?

6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit?

7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah?

8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun?

9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?

10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu?

11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi?

12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu?

13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?

14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB “telah gagal” membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu?

15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB?

16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?

17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan?

18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik?

Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah.

Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar ngeri.

Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM mempunyai agenda sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam lipatan?

Perdana Menteri wajib berhati-hati terhadap musuh dalam selimut yang mendakap dan menggosok belakang beliau, tetapi di tangan keris terhunus.

Wallahuaklam.
-kadirjasin
Inilah akibatnya bila wala' membabi buta... Setelah mahkamah memutuskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspector Azilah Hadri itu bersalah membunuh Al-Tantuya, ramai yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut . Persoalan yang ditimbulkan di media sosial ialah apakah motif keduanya membunuh al-Tantuya waima mereka tidak ada apa-apa masalah pun dengan si mati.Kenal pun tidak! Sangat pelik apbila hakim perbicaraan kata, Motif bunuh tak penting! Yang punya masalah dengan al-Tantuya ialah Razak Baginda.Mendiang al-Tantuya datang ke Malaysia adalah kerana mahu menyelesaikan masalahnya dengan Razak. Rakyat tertanya-tanya bagaimana bekas anggota UTK ini mampu mendapatkan C4 untuk digunakan walhal ianya senjata yang amat terkawal.Pastinya mendapat kelulusan orang atasan tertentu yang mempunya akses tersebut. Bahawa hakikatnya tugas UTK ni semua orang tahu - mereka mesti patuh kepada setiap arahan orang atasannya.Tidak boleh tanya tapi hanya ikut sahaja macam lembu dicucuk hidung. Ini adalah contoh wala' yang membabi buta. Jadi, siapakah yang arahkan mereka bunuh al-Tantuya? Pastinya mereka ini mendapat arahan dari orang atasan mereka, bukan atas kehendak peribadi. Mereka hanyalah mesen pembunuh yang telah di switched on untuk misi membunuh. Sudah tentu kita tertanya-tanya apa muslihatnya bila rekod kemasukan al-Tantuya ke Malaysia telah dipadamkan daripada rekod Jabatan Imigresen. Kes rekod yang dipadam ini telah di bawa ke mahkamah dan ia tidak pernah dinafikan samada di luar atau dalam mahkamah. Jelas sistem KDN mempunyai unsur penyelewengan, ada arahan daripada pihak atasan agar rekod Altantuya di hapuskan.... Apakah benar pembunuhan Al-tantuya ada kaitannya dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak? Kita berharap semua persoalan ini akan mendapat jawapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan dalam tuntutan sivil difailkan Setev, bapa kepada model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Baca seterusnya di sini

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment