اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, January 13, 2015

Mejar Zaidi Teguh Dengan Perjuangan Tidak Merayu Walau DiBuang Kerja

Ini jantan bukann sebarang jantan. Demi hak dan kehormatan diri, beliau tidak sedikit pun berganjak dengan prinsip yang dipegang. Kezaliman adalah kezaliman dan penipuan tetap penipuan.

Mejar Zaidi yang dikenali ramai kerana mendedahkan penipuan dakwat kekal dalam pilihanraya lalu telah dihadapkan ke mahkamah tentera dan didapti bersalah serta dihukum buang kerja

Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad semasa sampai di Mahkamah Tentera TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Januari, 2015.

Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.

Ketika diminta mahkamah rayuan untuk merayu hukuman lebih ringan, pegawai TUDM berusia 45 tahun itu berkata, akan berjumpa dengan pendakwa dan para hakim di "mahkamah Allah".

Selepas mengumumkan Zaidi didapati bersalah, panel membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan dan memberi beliau masa untuk bercakap dengan panel tentera.

Zaidi mendakwa panel tersebut mempunyai agenda politik, dan berkata mereka lebih bimbangkan "penuhi perut sendiri" daripada menggunakan otak.

Ini menyebabkan mahkamah mencelah ucapan beliau. Bercakap tanpa berhenti, beliau dihentikan sekali lagi dan diminta menghormati mahkamah.

Sebaik sahaja itu, Zaidi berhenti bercakap dan memberitahu mahkamah, beliau tidak ada apa-apa untuk dikatakan lagi jika beliau tidak dibenarkan kebebasan untuk berucap.

"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya. – 12 Januari, 2015.-tmi

Rezeki Allah ada di mana-mana 
In Shaa Allah selamat hendaknya dunia dan akhirat
adios

No comments:

Post a Comment